Friday, July 10

Resepi Kek Karamel Pelangi Versi Karamel Tebal


Resepi Kek Karamel Pelangi Versi Karamel Tebal...versi tahrunnisa
(jika dilihat panjang lebar ada sekali dengan tips utk membuatnya supaya hasil kek anda tidak bantat dan menurun)
Resepi asal sis Munira Baharom...
Bahan A (GULA HANGUS)
2 sudu besar gula
Periuk atau loyang yang tinggi nya lebih 3 inci lebih kurang 8 inci lebar
Caranya
Panaskan periuk dengan api sederhana besar.. masukkan 2 sudu gula ...biarkan gula mencair dan bewarna keemasan...jgn terlalu gelap nanti hasilnya rasa pahit
boleh kacau sekejap gula tersebut biar sekata cairnya..dah cantik warna keemasan (dlm gambar) tutup api dan ratakan base periuk dgn gula hangus tadi serta ketepikan ..biarkan ia sejuk.. kalau bunyi gula hangus retak abaikan mmg mcm tu.
Bahan B untuk PUDING
400ml susu cair
3 biji kuning telor (Putih telor jgn di buang ..masukkan ke dalam bekas pengadun yang lain untuk meringue nanti)
2 biji telor
140 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanila
Caranya
1. Masukkan 3 biji kuning telor dan 2 biji telor ke dalam bekas pengadun kacau perlahan biar sekata. Ok 3 biji putih telor tadi masukkan dlm bekas pengadun lain utk digunakan untuk merigue nanti..
2. Kemudian dlm bekas yang mengandungi kuning telor + telor 2 biji tu masukkan susu cair, gula kastor dan esen vanila
3. Kacau perlahan sahaja sehingga gula hancur sepenuhnya..guna senduk kayu sahaja..Boleh lenggang-lenggang kan bekas pengadun tadi supaya semuanya sebati
4. Kemudian tapis Bahan B dan terus masukkan kedalam periuk yang mengandungi Bahan A tadi..Masa ni ia akan berbunyi retakan..biarkan sahaja..
5. Ketepikan bahan ni dan TAK PERLU BAKAR lagi biarkan sahaja.. Sekarang kita sediakan utk buat bahagian merigue (C) plak.
BAHAN C MERIGUE 
(pastikan bowl/bekas pengadun,mixer, sudu ke, scraper ke dan kesemua bahan yang akan digunakan dlm keaadaan kering. tangan anda pun kene kering juga.kalau basah sila keringkan dulu nanti tak jadi merigue plak)
6 biji putih telur ( 3 biji putih telur lebihan dari bahan puding tadi + dgn 3 biji putih telur baru) (nanti ada lebihan 3 biji kuning telor yang ni masukkan dlm adunan tuk kek nanti (BAHAN D)
70 gram gula kastor
1 sudu kecil cream of tar tar/ 2 sudu besar perahan lemon
Cara-cara:
1. Pukul putih telur sehingga berbuih. (pastikan putih telor jangan ada campur pun air kalau tangan basah dan pastikan hanya putih telor sahaja jgn ada kuning telor walau sedikit pun nanti tak jadi merigue)
2. Kemudian masukkan gula kastor dan cream of tar tar/perahan lemon.
3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku, bertanduk. jika diterbalikkan bowl tersebut bahan yang didalam takkan jatuh/tumpah.. Tengok gambar.
4. Jika bahagian atas dah kental dan nak pastikan samada bahagian bawah merigue tu pun kental..cek guna pengaup atau sudu..jika ia tak kental ..pukul lagi bahagian bawah sampai kental/kaku.. pengalaman saya bahagian atas dah kental n tak cek bahagian bawah bila nak masukkan dlm adunan kek, saya dapati bahagian bawah mencair...(mmg confirm kek saya tak jadi)
5. Ketepikan adunan. Saya letak adunan ni tertutup permukaan dan simpan kejap dlm freezer sementara nak buat bahan D (kek) sekejap je tujuan supaya bahagian bawah merigue dlm bowl tu tak mencair..pengalaman saya
BAHAN D (KEK)
3 biji kuning telor ( kuning telor dari bahan meringue tadi)
135 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula kastor
140 gram tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
Cara-caranya
1. Campurkan bahan bertanda dan ayak bahan bertanda * 3 kali ye...ketepikan
2. Masukkan kuning telor, ar dan minyak masak dalam bekas pengadun dan pukul guna mixer elektrik sehingga kembang, gebu dan putih.
3.. Kemudian masukkan gula kastor ke dalam bekas pengadun dan pukul lagi sehingga kembang (guna speed yang paling tinggi dan laju) dlm 4 minit lihat gambar. Off mixer
4.. Masukkan campuran tepung gandum+baking powder yang diayak 3x. secara sedikit demi sedikit...saya guna ayak juga senang adunan tepung ni tak menurun dan susah nak kaup balik..saya guna senduk sahaja utk kaup balik..saya guna penapis utk masukkan tepung ni sedikit demi sedikit sambil kaup balik..jgn kacau kuat2 ye... buat sampai tepung habis ye sambil kaup balik manja2 atau perlahan-lahan sahaja... jgn sampai adunan kek ni jadi cair ye..sbb tu buat cara kaup balik perlahan2 dan manja2 sahaja (lihat gambar hasilnya) agak2 sebati sahaja ye. JIKA DIDAPATI ADUNAN KEK NI BERKETUL2 GUNA WHISK TANGAN SEKEJAP TUK SEBATIKAN ADUNAN)
5. Kemudian keluarkan bahan merigue dr freezer. Tuangkan BAHAN D (kek) ke dalam BAHAN C (merigue) sedikit2 kaup balik perlahan-lahan sahaja sehingga semuanya sebati saya guna senduk sahaja.. INGAT PERLAHAN2 SAHAJA KAUP BALIK TU YE
6. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian. Pewarna ikut yang anda suka tuk mewarnakan adunan tersebut. Kacau2 perlahan sahaja tuk sebatikan warna tersebut.
7. Sudukan adunan tersebut ke atas periuk yang mempunyai puding tadi.. Adunan kek akan terapung atas permukaan puding ye. Adunan ini agak ringan dan ia akan bergerak ke kiri ke kanan... letak adunan ditengah2 loyang/periuk ye..
Cara Membuat Layer Pelangi seperti di bawah: 3 jenis warna
4 sudu besar purple diletakkan di atas adunan puding
4 sudu besar kuning diletakkan di atas adunan purple
4 sudu besar merah di letakkan di atas adunan kuning
ulang sebanyak 2 kali lagi
3 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
3 sudu besar kuning diletakkan atas adunan purple
3 sudu besar merah di letak atas adunan kuning
ulang sebanyak 3 kali lagi
2 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
2 sudu besar kuning diletakkan atas adunan purple
2 sudu besar merah di letak atas adunan kuning
ulang sebanyak 2 kali lagi
1 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
1 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
1 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
buat sehingga habis semua adunan.
8. Sebelum tu panaskan oven 160c selama 15 minit dulu. Kita akan guna kaedah BAIN MARIE @DOUBLE BOILER. guna api bawah dahulu, Masukkan air panas mendidih ke dalam bekas yang sedikit besar dari loyang/periuk adunan..baru letak loyang/periuk yang berisi adunan kek...(dlm gambar)
9. Letak adunan tersebut pada bahagian paling bawah atau ke 2 paling bawah oven anda. Bakar shu 160c guna api bawah sahaja selama 50 minit. kemudian baru guna api atas bawah selama 10 minit.
10. Dah masak..biarkan kek dlm oven selama 10 minit..tutup suhu oven dan renggangkan sikit pintu oven...nanti kek akan lekang dr loyang..keluarkan dr oven.
11.. dah agak suam2 ...saya guna pisar nipis dan tiris bahagian tepi loyang/periuk supaya kek tak melekat kat tepi loyang...
12.. Terbalikkan ke atas pinggan atau pelapik kek .. lap2 kan jika air gula yang berlebihan guna tisu... Siap...sedap juga jika dimakan sejuk (letak dlm peti ais)
13.. SELAMAT MENCUBA dan semoga tips yang diberikan boleh anda manfaatkan
## berat sebiji telor termasuk kulit = 66gm


1. saya hanya guna periuk 8 inci..sebab nanti time bakar kek akan naik meninggi.. 
Gula hangus menggunakan 2 sudu besar gula
2. Adunan Puding Karamel... Pastikan jgn kacau kuat ye kacau perlahan2 sahaja... supaya tidak berbuih
3. Adunan kek (bahan D) ..yg ni adunan campuran telor, air dan minyak masak..pukul hingga kembang dan putih
4. Adunan D (kek) juga setelah dimasukkan campuran tepung gandum + baking powder.. kaup balik perlahan2 manja2 sahaja ye..hingga dpt seperti dlm gambar ni
5. Adunan C (merigue) pukul kental dan kaku..bila diterbalikkan ia tak jatuh..

Kemudian adunan D di masukkan ke dalam adunan C ni masukkan sedikit demi sedikit ye..kaup balik sahaja sehingga sebati

6. Adunan C dan D yang telah siap dikaup balik. Ni la hasilnya
7. Bahagikan adunan ke pada 4 atau 3 bahagian ikut mana yang ada suka..kacau perlahan2 sahaja sehingga warna sebati
8. Salah satu adunan yang siap di adun sebelum dibakar
9 yang ni juga salah satu adunan yang telah siap diadun... ni dah terlebih naik ni..sebb tu saya sarankan guna periuk sbb ia lebih tinggi dr loyang 3 inci lebih ni
10.. masa di bakar guna kaedah bain marie atau double boiler.. air panas mendidih letak loyang dibawah periuk kek tu
11. Nila hasilnya..


 KLIK SINI UNTUK:
 PEMBELIAN TERUS DAN MELALUI KAD KREADIT ➡ BUY BACK SUPPORT

No comments:

Blog yang sangat lama tak di update!

Harini 24 Ogos 2019.... Lama dah tak menulis di sini... sampai terlupa nak log in blogspot ni macam mana...aduhai... ini lah blog perta...