Tuesday, June 17

Masalah jerawat bernanah dan jerawat batu hilang dengan Shaklee!


Kisah jerawat ini memang takkan pernah habis..setiap hari ramai orang bertarung dengan masalah jerawat ini.


Jerawat yang tumbuh ni boleh menjadikan manusia :



  • Rasa rendah diri
  • Kemurungan
  • Emosi terganggu
  • Hilang keyakinan
  • Pelajaran merosot
  • Daya  tumpuan kerja hilang.
  • dan bermacam - macam lagi....
Kalangan remaja yang baru lepas akhil baligh atau sudah mencapai usia matang adalah paling ramai mengalami masalah jerawat. Tak kiralah lelaki atau perempuan, muda atau tua, cantik atau tak cantik. Jerawat akan datang apabila kita tidak menjaga kulit muka dengan betul, banyak makan makanan berminyak dan daripada perubahan hormon badan yang tidak stabil.

Langkah terbaik adalah dengan menjaga kebersihan kulit, mengamalkan pemakanan sayuran dan buah - buahan secara tetap dan mengambil vitamin lengkap yang boleh membantu stabilkan hormon dan melancarkan perjalanan darah dalam badan.

Wajah yang bebas jerawat

Pemakanan Vitamin seperti vitamin C, B dan E adalah paling asas untuk menjaga kulit muka manusia. Di bawah adalah set vitamin yang boleh menjadikan kulit anda lebih cantik dan jerawat pun takut nak tumbuh di kulit muka anda tau!!!  Jom semak...

Vita E AntiOksidan yang kuat menjadi kan kulit cantik!

Pembina kolagen kulit yang mantap mampan!

Memelihara kesihatan kulit, membran mukosa, darah, saraf  dan sendi.
,
Penstabil hormonpaling terbaik!

Membina sel baru dan baik pulih sel rosak


BONUS!
Kolagen terlaris dan terbaik!

Di jamin semua produk di atas adalah produk paling terbaik dan laku keras !!!

  • 100% Semula jadi
  • Organik
  • Selamat digunakan
  • Penggunaan lama dan jimat
  • Harga sangat berbaloi dengan kualiti premium superb!
  • Tiada bahan kimia
  • Tiada bahan pengawet
  • Tiada unsur sintetik
  • Tiada bahan pewarna 

Jangka masa keberkesanan bergantung pada setiap individu. Ada yang cepat ada yang lambat. Lambat adalah disebabkan kandungan toksid terlalu tinggi dalam darah dan Produk Shaklee seperti dia atas memerlukan masa yang agak panjang sedikit untuk membuang toksin merbahaya di dalam badan anda. Sabar ye..kerana bukan mudah untuk membersihkan kesan toksin yang dah lama bersarang dalam badan kita . Ini memerlukan sedikit kesabaran dan barulah anda akan nikmati hasil kulit yang lebih bersih seperti yang di idamkan...:)

Selamat mencuba.....:)  




Sebarang pertanyaan produk boleh hubungi  Amy 017-7697364






Set Basic H Organic Shaklee | Cara nak bersihkan dinding rumah yang telah diconteng !


Okey kali ini saya nak share tentang satu lagi cara paling senang untuk bersihkan kotoran kekal ya...kepada anak - anak yang suka menconteng dinding tu , ibu bapa jangan marah ye..ini adalah masa diorang nak tonjolkan bakat yang terpendam....:P


Masalahnya ada ke cara nak hilangkan kesan conteng ni???

BAsic H organik Shaklee  mampu membersihkan segala kotoran

                           Ye , jawapannya ada!!!!

So tengok gambar di bawah ni, gambar di bawah menunjukkan kesan marker pen sebelum di bersihkan dan selepas dibersihkan. Ini bukan magik ye tapi ni betul - betul punya....


Kesan marker pen hilang dengan Basic H Shaklee (credit to Bonnie)

Gambar selepas adalah gambar menunjukkan kesan contengan marker pen telah hilang sepenuhnya!

Dengan hanya beberapa titisan ajaib sabun Basic H Organik Shaklee...memang super power!!

Basic H Organik? Apa benda tu? Ok Basic H Organik ini adalah sejenis sabun ye. Sabun yang dicipta khas untuk memelihara bumi agar bebas dari kesan toksin. Tau tak ada ribuan jenama sabun yang dijual di pasaran mempunyai kandungan toksin yang tinggi dan penggunaan kerap boleh memberi kesan yang tidak baik pada tubuh badan manusia? penggunaan kerap boleh menyebabkan punca kanser ye..sangat mengerunkan!!

Kalau nak tahu Basic H Organik ini sangat di sarankan kepada mereka yang ada penyakit asma, kanser (kimoterapi) dan mereka yang mempunyai anak kecil dirumah.
Basic H Organik Shaklee

Basic H adalah bersifat Organik. Ianya diperbuat daripada kelapa dan jagung. So kepada yang alah kepada jagung dan kelapa anda di larang menggunakan Basic H ini kerana ia akan memberi kesan kepada anda.

Basic H Organik tersangatlah jimat. Satu botol Basic H ini boleh di bancuh dengan 48 gelen air paip.Ianya sangat selamat dan benar - benar berkuasa!!!

Macam - macam boleh cuci. Super power ! Super Jimat! 

Basic H Organik Sahklee

X TIADA TOKSID
X TIADA GAS BERACUN
X TIADA BAHAN KIMIA MERBAHAYA
X TIADA BAHAN PEWANGI

LEMBUT PADA TANGAN
pH SEIMBANG
TANPA KLORIN



Tempahan boleh dibuat pada bila - bila masa sahaja.

Nak khidmat nasihat boleh hubungi Amy 017 - 7697364


Sunday, June 15

Phytocol-ST Shaklee | Cara mudah turunkan kolestrol dengan cepat | Vitamin Shaklee



Masalah kolestrol adalah masalah besar sebahagian penduduk negara ini. Majoriti masyarakat pelbagai kaum yang menghuni negara Malaysia ini terdedah dengan budaya pemakanan yang sangat pelbagai. Pemakanan adalah punca utama masalah kolestrol di negara ini. Peningkatan statistik penyakit kolestrol ini meningkat saban tahun dan ia sangat berkait rapat dengan cara hidangan makanan yang mempunyai kolestrol yang tinggi. Kesannya juga dapat dilihat pada kadar peratus penyakit jantung meningkat saban tahun!
Serangan Jantung

Kenali Kolestrol dalam badan anda.

Kolestrol Baik - HDL (High Density Lipoprotein)

Adalah kolesterol yang baik,mengandungi banyak protein berbanding 20-30% kolestrol. Berfungsi membawa kolesterol dari seluruh saluran darah ke hati untuk diproses dan dikeluarkan dari tubuh. Ianya akan membersihkan dan membawa lemak berlebihan dari saluran darah ke hati untuk dikumuhkan.

Kolestrol Jahat - LDL (Low Density Lipoprotein)

Dikenali sebagai kolesterol JAHAT kerana mempunyai 75% kolesterol berbanding protein.Bekerja sebagai mengangkut kolesterol dari hati ke sel-sel badan melalui peredaran darah.
Jika kandungan LDL tinggi di dalam badan,ianya boleh mengakibatkan pengumpulan dan penyumbatan saluran arteri yang boleh menghalang kelancaran pangaliran darah yang diakibatkan oleh pembentukan plak. Ini boleh membawa risiko penyakit jantung,stroke serta penyakit yang berkaitan.


Tahukah kita,kandungan kolesterol dalam darah berlaku secara senyap dan tiada sebarang tanda dan ini boleh berlaku setiap orang. Ini bermakna semua orang mempunyai risiko paras kolesterol yang tinggi dalam darah sekiranya tidak mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.


Siapa yang berisiko tinggi mendapat paras kolesterol yang tinggi?


  1. Berat badan yang berlebihan atau obesiti
  2. Mempunyai sejarah penyakit metabolic seperti diabetis,tekanan darah tinggi dan serangan jantung.
  3. Mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah kolesterol dan penyakit jantung.
  4. Merokok – ini adalah kerana apabila seseorang itu merokok,ianya menggalakkan pemendapan lemak pada saluran darah dan boleh mempercepatkan pembekuan darah.Merokok juga mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
  5. Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dan kurang aktif.


Bagaimana kolesterol boleh mengakibatkan penyakit jantung?


Keratan Akhbar tentang penyakit jantung.
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL. (sumber wikipedia)

Kajian juga menunjukkan,pada masa kini golongan muda yang berumur lingkungan 20-an dikesan menghidap penyakit jantung berikutan amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.
"Kadar populasi pesakit jantung semakin muda dan dapat dikesan seawal umur 26 tahun,bagaimanapun,golongan berumur antara 40 tahun hingga 60 paling banyak dikesan menghidap penyakit ini iaitu 49% daripada keseluruhan kes yang dirawat dihospital.Manakala data dari kementerian Kesihatan pula menunjukkan hampir 25% sebab utama kes kematian di hospital kerajaan adalah penyakit kardiovaskular iaitu jantung dan peredaran darah" kata Tan Sri Dr.Robaayah Zambahari,Ketua Pengarah Institut Jantung Negara (IJN)


Bagaimana Phytocol-ST Shaklee membantu merawat penyakit kolestrol ini?

100% semulajadi tanpa bahan pewarna dan pengawet tiruan.
Phytocol-ST terbukti berkesan menyerap Kolestrol dalam darah dan menurunkan paras kolestrol jahat LDL ini tadi.


  • Rumusan kandungan Phytocol-St adalah terdiri daripada beberapa jenis fitosterol yang aktif  daripada sayuran, bijiran dan buah - buahan.
  • Membekalkan 2000mg fitosterol setiap hari.
  • Dalam 80 jenis kajian menunjukkan fitosterol daripada tumbuhan mampu menghapuskan kolestrol jahat tadi.
  • Phytocol-ST adalah 100% semulajadi bebas pewarna dan bahan pengawet tambahan.

Mari Kita lihat bagaimana Fitosterol membasmi kolestrol jahat dalam darah !

Struktur Fitosterol sama dengan struktur Kolestrol sebenar. Fitesterol akan bersaing dengan Kolestrol dan mengalahkan Kolestrol  ketika diserap dalam usus. Semakin kerap anda mengambil Phytocol-ST maka banyak lah fitosterol dalam darah dan seterusnya menghapuskan kolestrol jahat dalam darah secara perlahan - lahan.






Berapakah Harga Phytocol-ST Shaklee ini?

Harga sebotol Phytocol-ST Shaklee ini adalah RM197   dan terdapat 120 biji di dalam setiap botol.


Bagaimana nak makan Phytocol-ST Shaklee?

Cara pemakanan adalah 2 biji sebelum makan makanan berat.

Contoh : 2 biji Phytocol-St dimakan 30 minit sebelum makan nasi lemak. itu contoh ya.

* Tapi kalau nak makan roti sahaja tak perlu makan Phytocol ni ye.


Bolehkah saya membeli dengan harga yang lebih jimat lagi?

Ya , boleh. Ada 2 cara untuk mendapatkan harga yang lebih rendah dari pasaran. Klik Sini.

Bagaimana saya ingin mendapatkan Phytocol-St Shaklee ini?

Phytocol-ST ini boleh dibeli melalui agent Shaklee Amy dengan menghubungi di 017-7697364. 
Ianya tidak dijual di kedai - kedai atau farmasi luar. Harap Maklum.


Terima Kasih kerana masih setia membaca!



Rahsia Panjang Umur rakyat Jepun kini terbongkar!




Tahukah anda ada terdapat sekumpulan masyarakat yang telah dikenal pasti tinggal di daerah kecil di Jepun telah diiktiraf sebagai kelompok masyarakat yang paling panjang umurnya. Mereka ini di kenal pasti mempunyai jangka hayat umur yang sangat panjang berbanding dengan bangsa lain di dunia ini. Purata umur penduduk masyarakat Jepun ini adalah sekitar 80an, 90an dan mencecah 100 tahun!


Okinawa Jepun merupakan sebuah pulau yang terpencil di Jepun. Rata - rata penduduk Okinawa mempunyai kadar jangka hayat yang tinggi bahkan fizikal mereka juga tidak menggambarkan usia sebenar mereka. Warga Okinawa ini di kenali kerana corak gaya hidup yang berbeza dan sangat aktif.

Oshi Okushima berusia 101 tahun!

Terdapat suatu gaya hidup yang menjadikan kebanyakan penduduknya kekal aktif sehingga usia 70an, 80an, 90an dan bahkan 100 tahun. Mereka mempunyai kadar pesakit jantung, kanser dan strok yang amat kurang. Kajian selama 25 tahun membuktikan bahawa fenomena panjang usia ini berkait rapat dengan gaya pemakanan mereka dan persekitaran kehidupan mereka.

Persoalannya bagaimana mereka kekal sihat sehingga mampu mencapai usia 100 tahun?

Pemakanan adalah salah satu faktor keajaiban ini. Sehinggakan banyak kajian dibuat semata - mata ingin membongkar rahsia mereka ini. Banyak saintis  dan para pengkaji datang ke Okinawa untuk mencari faktor - faktor ini.
Berbalik kepada pemakanan masyarakat okinawa ini telah di dapati Diet tradisi masyarakat Okinawa mengandungi kandungan susu soya dan sayur-sayuran yang tinggi dan mengurangkan pengambilan daging serta lemak tepu. Didapati para sentenari (centenarian = seratus tahun) banyak memakan soya berbanding burger, keju dan kentang goreng. Kandungan sayur-sayuran yang banyak di dalam diet harian mereka yang terdiri dari bijirin dan kurangnya pengambilan lemak bermakna kurangnya penyumbatan dan penyempitan salur darah. Inilah punca utama penduduk di Okinawa kurang masalah penyakit jantung. 

Sayuran organik di tanam sendiri.

Soya Tofu makanan ruji.
Goya sayuran popular di Okinawa walaupun mempunyai rupa yang menyeramkan!
Warga tua di tempat lain menjalani kehidupan yang sangat pasif dan kurang menjalani aktiviti riadah tetapi warga tua di Okinawa menjalani kehidupan yang sangat aktif. Berjalan, berkebun, menari tarian rakyat dan seni pertahankan diri membantu mengekalkan sistem kardiovaskular serta membantu menguatkan tulang dan otot.

Aktif Seni pertahankan diri.

menari adalah aktiviti riadah wajib.

Purata jangka hayat wanita di Okinawa adalah 87 tahun sementara lelakinya pula adalah 78 tahun. Peratus umur melebihi 100 tahun adalah 40 per 100,000 orang. Kajian bermula dari tahun 1976 ke atas 600 penduduk Okinawa yang mencapai usia 100 tahun membongkar rahsia panjang usia mereka.


Amalan - amalan masyarakat Okinawa kekal cergas dan panjang umur.

Pengamalan makanan sayuran ala Vegetarian.

Hidangan berasaskan soya dan sayuran
Masyarakat yang panjang usia kesemuanya VEGETARIAN. Mereka memakan  lebih dari 7 hidangan sayur-sayuran sehari, lebih dari 7 hidangan bijirin, lebih dari 7 hidangan buah-buahan, sedikit ikan dan sangat kurang memakan daging dan telur. Mereka tidak mengambil hasil tenusu tetapi amat kurang dari mereka mengidap osteoporosis.
Kesimpulannya, diet penduduk Okinawa adalah tinggi kandungan serat.


Berhenti makan sebelum kenyang!


Motto paling popular mereka adalah “Hari Haci Bu” iaitu “Berhenti Makan Apabila Anda 80% Kenyang”. Ini bertepatan dengan saranan Rasulullah kita iaitu makanlah sebelum kamu lapar dan berhentilah sebelum kamu kenyang. Obesiti hampir tidak wujud di Okinawa.


Banyakkan minum air masak bertapis dan teh hijau setiap hari.

Penapis air Shaklee
Teh hijau minuman harian orang Jepun
Penduduk Okinawa minum 12 gelas air sehari termasuk teh hijau. Minumlah separuh dari berat anda dalam auns setiap hari. Contohnya, jika berat anda 150 paun, minum sekurang-kurangnya 75 auns air bertapis setiap hari.


Kehidupan Yang Bebas Dari Stress!


Nenek yang berusia 103 tahun ini sentiasa gembira !
Penduduk Okinawa tidak berasa runsing dan gaya hidup yang mempunyai tekanan hidup atau stress yang rendah. Tiada perkara yang perlu digesa, tiada perkara yang dibimbangi dan hidup mengikut alam semulajadi. Mereka gemar bermeditasi, hidup yang simple, aman tenteram dan sentiasa berpandangan positif.


Tanah Subur Di Okinawa!

Ladang di Okinawa
Tanah di Okinawa adalah sangat subur. Tanah yang subur menyumbang kepada tanam-tanaman dan hasil pertanian yang bersih dan segar. Tiada penggunaan racun dan baja kimia yang merosakkan struktur biologi tanah. Kajian Tuft’s Universiti menunjukkan sayur dan buah-buahan organic mengandungi lebih 87% vitamin dan mineral berbanding hasil bukan organik.

Kajian Panjang Usia di Okinawa (KPUO) oleh Dr Suzuki, Pengarah Kumpulan Penyiasat Usia Panjang Okinawa mendapati mereka yang panjang usia di Okinawa memiliki tubuh yang ramping, wajah yang muda, bertenaga dan kadar penyakit jantung dan kanser yang rendah. Di dalam tahun 1995, jangka hayat penduduk Okinawa melepasi had usia di keseluruhan Jepun. 

Selepas mengkaji 600 orang yang berusia 100 tahun dan beberapa ‘pemuda’ yang berusia 70, 80 dan 90 tahun, satu corak yang menakjubkan muncul. Penduduk Okinawa sangat sihat pada usia melebihi 70 tahun. 


1.      Kejayaan Usia Panjang Tidak Bergantung Kepada Genetik
Kajian genetik para lanjut usia ini menunjukkan kejayaan panjang usia mereka adalah berdasarkan gaya hidup sihat mereka. Kejayaan menambah 20 tahun usia tambahan  mereka adalah berdasarkan kurangnya serangan strok dan kanser kolon. Sebab itulah masyarakat Okinawa yang hidup di luar Okinawa dan mempunyai gaya hidup yang berbeza mengalami pelbagai penyakit kronik berbanding yang tinggal di Okinawa.

2.      Mengurangkan Radikal Bebas
Mengurangkan pengambilan kalori dapat memanjangkan usia. Bukti jelas menunjukkan penduduk Okinawa yang mengikuti cara hidup tradisi mempunyai kandungan radikal bebas yang kurang di dalam darah mereka. Para ‘pemuda’ melebihi 70an ini mempunyai kandungan lipid peroxide yang sangat rendah – bukti jelas yang menunjukkan mereka mengalami kerosakan sel disebabkan radikal bebas yang sangat rendah.

3.      Kurangnya Risiko Kardiovaskular
Pemuda 70an ini mempunyai arteri yang jauh lebih muda, bersih, kurang kolesterol dan rendah paras homocysteine berbanding orang yang berusia di barat. Faktor ini mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 80% dan kadar penyakit strok yang sangat rendah. Arteri mereka yang sihat adalah disebabkan gaya hidup organik dan vegetarian, senaman yang kerap, kawalan tekanan darah dan meminimakan tekanan perasaan dan spiritual.
Homocysteine ialah asid amino yang boleh merosakkan dinding salur darah. Kandungannya amat tinggi bagi mereka yang kurang memakan sayuran hijau, vitamin B1 dan B2.

4.      Kurangnya Risiko Kanser Yang Disebabkan Oleh Hormon
Penduduk Okinawa amat kurang mengalami kanser yang disebabkan oleh hormone seperti kanser payudara, prostate, ovari dan kolon. Faktor utama mereka tidak mengidap kanser tersebut adalah kerana kurangnya pengambilan kalori, mengambil diet yang kaya sayur-sayuran dan buah-buahan, pengambilan omega 3 yang tinggi, serat yang tinggi, pengambilan flavonoid yang tinggi, kurangnya kadar lemak dalam badan dan aktiviti fizikal yang kerap.

5.      Tulang Yang Kuat
Penduduk Okinawa amat kurang mengalami patah tulang punggung di usia lanjut. Kajian membuktikan bahawa pengurangan kalsium bagi mereka yang berusia lebih 40 tahun adalah perlahan berbanding penduduk Jepun yang lain. Ini adalah disebabkan tabiat meminum air semulajadi dan bersih di Okinawa, vitamin D dari sinaran matahari, aktiviti riadah dan pengambilan flavonoids (aestrogen dari tumbuh-tumbuhan) yang tinggi.

6.      Langsing Dan Cergas Di Usia Lanjut
BMI pada ‘pemuda’ usia lanjut ini adalah 18 ke 22. Penduduk Okinawa kekal langsing dengan memakan makanan rendah kalori, diet karbohidrat tak kompleks, kawalan kalori dan makan hanya sehingga 80% kenyang serta aktiviti riadah yang kerap.BMI melebihi 25 dikira sebagai berat berlebihan dan mudah diserang penyakit.

7.      Menopaous Yang Semulajadi
Tiada penggunaan terapi penggantian aestrogen dilakukan. Mereka mengalami menopaous secara semulajadi. Keadaan ini dialami akibat tabiat tidak merokok, senaman berbentuk tarian, seni pertahankan diri yang lemah lembut, berjalan dan berkebun. Wanita Okinawa terkenal dengan pengambilan aestrogen semulajadi, melalui pengambilan susu soya. Soya mengandungi phytoaestrogen atau aestrogen tumbuhan dipanggil flavonoid. Semua tumbuhan seperti kekacang, bijirin, bawang, broccoli mengandungi aestrogen semulajadi. Tetapi susu soya tetap pilihan kerana kandungan aestrogennya yang tinggi. Isoflavon di dalam susu soya membantu mengurangkan osteoporosis.

8.      Hormon Seks yang Remaja
Para ‘pemuda’ 70an Okinawa mempunyai hormon jantina yang tinggi seperti DHEA semulajadi, estrogen dan testosterone berbanding mereka yang seusia mereka di Amerika. Mereka secara fisiologinya adalah lebih muda. DHEA adalah steroid yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal, membantu mengurangkan pecutan usia. Namun begitu, pengambilan suplimen DHEA akan menyebabkan kanser payudara dan kanser lain dan ia adalah tidak digalakkan. Penduduk Okinawa mengalami pelambatan usia berbanding mereka yang seusia di Amerika. Kandungan aestrogen dalam tubuh mereka adalah tinggi dan ini mengelakkan penyakit jantung dan osteoporosis. Testosterone juga didapati tinggi di kalangan lelaki Okinawa berbanding yang susia mereka di barat.

9.      Kesihatan Spiritual Yang Cemerlang
Kajian personaliti menunjukkan kerunsingan dan rasa terburu-buru adalah sangat rendah sementara perasaan keyakinan diri amat tinggi di kalangan mereka. Kajian menunjukkan mereka sangat optimistik, mudah menyesuaikan diri dan mudah mesra. Kesederhanaan amat dititikberatkan. Hubungan kemasyarakatan amat utuh dan amalan kerohanian amat tinggi di kalangan wanita lanjut usia.

10.  Penjagaan Kesihatan Yang Bersepadu
Penduduk Okinawa menggabungkan sistem penjagaan kesihatan dan penyembuhan dari barat dan timur. Okinawa, Jepun dan Hong Kong yang terkenal dengan kadar panjang umur di dunia mempunyai kaedah penyembuhan yang digabungkan antara timur dan barat. Herba tonik sangat diutamakan. Kenyanyukan amat jarang di Okinawa. 


Apakah yang kita perlu ubah adalah gambaran generasi hadapan!

Marilah kita mengubah cara hidup kita dengan memakan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding pengambilan kalori , protein dan lemak.

Bertepatan dengan Shaklee yang bebas bahan kimia dan  100% semula jadi adalah satu langkah lengkap dengan kandungannya melebihi 30 jenis sayuran dan buahan bebas pencemaran dan tanpa pengawet . Bersamaan dengan vitamin - vitamin semulajadi ini kita mampu menjamin kehidupan yang lebih sihat dan terhindar dari sebarang penyakit serta panjang usia!

Vitamin - vitamin Shaklee adalah 100% semulajadi dan bebas kimia. Dijamin keberkesanannya dalam dunia keasihatan golabl.



Set Gastrik Shaklee | Cara Elak Gastrik Ketika Bulan di Bulan Puasa

Bulan Puasa bakal menjelma tak lama lagi. Orang yang paling sengsara ialah orang yang ada penyakit Gastrik!

Cabaran besar untuk mereka ingin berpuasa penuh tetapi sering di hambat dengan masalah besar ini.



Bagaimana Shaklee membantu mereka ini?

Dengan pengambilan konsisten vitamin - vitamin dan makanan tambahan yang di syorkan Shaklee sebelum, semasa dan selepas bulan puasa anda mampu menghalang berlakunya Gastrik du bilan Puasa ini.



Energizing Soy Protein

Size: 850gm
Harga : RM 150
  • Membekalkan tenaga dengan segera serta mempertingkan imunisasi badan.
  • Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot.
  • Penting untuk kanak - kanak, ibu menyusu anak dan mereka yang sedang pulih dari penyakit.


PepperMint Ginger plus

Size : 90 Biji
Harga : RM 45


  • Memberi kesan lega pada perut.
  • Menolong dalam proses penghadaman.
  • Melegakan sakit perut.



OsteMatrix

Size: 120 Biji
Harga : RM 61

  • Mengekalkan tekanan darah normal.
  • Menolong pengecutan otot dan saraf.
  • Mengurangkan symptom PMS seperti kembung, kejang , bengkak air, baran dan kemurungan.

3 liter air setiap hari untuk kesan terbaik!


Konsultasi percuma serta harga yang lebih murah?
Sila hubungi Amy untuk rundingan lanjut : 017-7697364






NutriFeron Shaklee Immune Booster | Cara Elak Terkena Demam, Batuk dan selsema untuk kanak - kanak dan dewasa.


Penyakit  Demam , Batuk & Selsema.




Gejala demam, batuk dan selsema adalah isyarat awal imunisasi badan seseorang sedang mengalami masalah ataupun tanda - tanda awal badan seseorang sedang mengalami kemerosotan. Manusia di lahirkan dengan kadar imunisasi yang berbeza. Ada orang yang tidak mudah mendapat penyakit dan sangat susah di timpa penyakit ini kerana Imunisasi badannya sangat tinggi. Ada orang sangat mudah kena penyakit, malah berpotensi besar di serang penyakit berjangkit. 

Imunisasi lemah boleh dipertingkatkan dengan pengambilan makan berzat dan sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal  bagi mempertingkatkan imunisasi badan seseorang. Selain daripada cara itu kita  juga boleh menambah pengambilan makanan tambahan khas yang mampu mempertingkatkan imunisasi
badan. 

NutriFeron telah Dicipta oleh Immunologist Dr. Yasuhiko Kojima di makmal Shaklee Jepun bagi membantu mempertingkatkan 100% imunisasi badan manusia dengan pantas. NutriFeron adalah produk terbaik Shaklee khas untuk mempertingkatkan imunisasi badan manusia dalam masa yang singkat! 

Pengambilan NutriFeron Shaklee sangat penting bagi mereka yang kerap diserang demam terutama kanak - kanak.
NutriFeron terhasil dari kajian selama hampir 40 tahun. Selepas hasil ujikaji, screening, dan kajian terhadap 200 jenis herba maka Dr. kojima telah berjaya mencipta NutriFeron.Ianya 100% semula Jadi dan selamat digunakan untuk kanak - kanak berumur 1 tahun ke atas dan orang dewasa. Kanak - kanak 1 tahun ke bawah di larang mengambil NutriFeron kerana tubuh badan mereka mampu menghasilkan imunisasi yang tersendiri.

NutriFeron wajib di simpan di dalam setiap rumah bagi kemudahan awal apabila berlakunya masalah kecemasan yang tidak di duga. Ia di dalam bentuk sachet yang mudah di simpan dan di bawa ke mana - mana sahaja.

Immune Booster
NutriFeron

Size: 30 paket kecil
Harga : RM181
  • Mengaktifkan Interferon tubuh untuk menguatkan fungsi sistem imun.
  • Melindungi dari jangkitan selsema, batuk, flu, viral, cirit - birit, bakteria dan kanser.


Siapa yang patut makan?

  • Kanak - kanak berumur 1 tahun ke atas.
  • Orang Dewasa dan warga tua.
  • Senang terkena penyakit.
  • Mereka yang tinggal di kawasan berpenyakit.
  • Diserang penyakit cirit - birit.
  • Mudah kena jangkitan kuman.

Jikalau anda ada tanda - tanda seperti di atas, jangan berlengah mendapatkan NutriFeron paling handal ini.

Hubungi AmyMunirah untuk maklumat lanjut: 017 - 7697364

Set Kulit Cantik Shaklee | Kulit Cantik Putih Berseri 100% Semula Jadi!






Saturday, June 14

Set Sengugut Shaklee | Sakit Sengugut Dijamin hilang!


 Sengugut ....0H .....sengugut !!!


Purata 5.5 juta wanita didunia menderita sakit sengugut setiap hari.

Sekali dia datang , Dunia pun jadi tunggang langgang....!

Tu lah penangan Sakit sengugut nih...
Gambaran sakitnya sengugut ni



Tahu tak sengugut tu apa?...Haaa...Sengugut ni adalah penyakit orang perempuan bila datang bulan....setiap bulan perempuan yang sihat akan mengeluarkan darah kotor selama 5 - 7 hari.  

Biasanya sengugut menyerang pada hari pertama, kedua dan ketiga namun berkurang apabila mencapai hari - hari yang terakhir pendarahan.

Sengugut ini tak dapat nak dihalang kedatangannya namun kita boleh mengurangkan kesakitannya.

Saya cadangkan ambil Set Sengugut Shaklee ni setiap hari dan anda akan rasakan perubahan hebat ketika sebelum, semasa dan selepas kedatangan haid anda. Di samping itu Set Sengugut Shaklee ini menjadikan hormon badan anda lebih stabil dan bagus. 

Tidak semua badan wanita di dunia ini memiliki keseimbangan hormon yang baik. Perlu tahu ketidakseimbangan hormon ini sangat merbahaya dan berisiko besar untuk dapat penyakit yang merbahaya seperti cyst, fibroid, haid berpanjangan, kanser dan barah rahim. 


SET SENGUGUT SHAKLEE 



GLA COMPLEX

Size : 60 Biji
Harga : RM91 

  • Penstabil Hormon badan terbaik.
  • Ramuan 100 % semula jadi bebas bahan kimia. 
  • Bahan utama Minyak Benih Bunga Matahari (Primrose)
  • Sesuai untuk semua wanita peringkat umur .
  • Meningkatkan kesuburan untuk hamil.
  • Memperbaiki kitaran haid yang tidak teratur.
  • Penawar Fibroid, diabetes, kulit muka berjerawat, jeragat dan kulit sensitif.
  • Mengurangkan ketagihan alkohol.
  • Melindungi dinding arteri.
  • Memelihara integriti sel dalam badan.
  • Menyokong imun dalam badan.
  • Makan diwaktu pagi selepas sarapan.




OsteMatrix

Size : 120 Biji
Harga : RM61

  • Di ambil waktu malam ketika nak tidur.
  • Ramuan 100 % semula jadi bebas bahan kimia. 
  • Memperbaiki masalah haid.
  • Meringankan masalah stress.
  • Senang buang air besar di waktu pagi.
  • Gabungan Kalsium + Magnesium + Vitamin D
  • Kalsium atasi sakit belakang, sengal kaki, menstrual cramps, kebas - kebas kaki dan Osteoporosis.
  • Magnesium akan metabolismekan kalsium.
  • Vitamin D membantu penyerapan kalsium dalam tubuh
  • Vitamin D cegah terhasilnya batu dalam ginjal.

Bagaimana memilih kalsium premium?
  1. Pilih produk yang ada vitamin D + Magnesium.
  2. Elak produk dari tulang dan Dolomite untuk elak keracunan plumbum.
  3. Elak mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.


Syarat Utama : 3 litre air setiap hari adalah di wajibkan untuk  memudahkan kelancaran penyerapan vitamin dalam tubuh badan. Vitamin Shaklee adalah dalam kepekatan yang tinggi dan memerlukan air yang banyak untuk lebih berkesan.


Dapatkan Set Sengugut Shaklee sekarang. Konsultasi adalah percuma dengan menghantar Whatssap/SMS ke : Amy 017 - 7697364.



Daftar ahli untuk seumur hidup dan nikmati penjimatan harga yang sangat berbaloi - baloi !!

 --->> Daftar sekarang Whatssap/SMS ke : Amy 017 - 7697364.

SURPRISE DELIVERY SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA SETIAP HARI !

  𝗖𝗢𝗞𝗟𝗔𝗧 𝗠𝗢𝗜𝗦𝗧 𝗟𝗘𝗟𝗘𝗛 𝗘𝗫𝗧𝗥𝗔𝗩𝗔𝗚𝗔𝗡𝗭𝗔   Harga RM56 jer  Boleh tulis atas kek  Boleh add on Bouquet/Belon  Order Hari...