Martabak Cheese 

Resepi Martabak Cheese versi tahrunnisah..
(Penerangan panjang utk memudahkan/bagi paham)
2 gelas tepung gandum (350gm)
1 biji telur saiz c (yg paling kecil)
Sedikit garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar shortening/butter
½ gelas air atau kalau keras tambah sikit air (200ml)
Utk salut doh roti canai nanti
Butter/margerin/minyak
Caranya
Jika guna breadmaker – 
masukkan semua bahan kecuali air..air tambah sedikit demi sedikit hingga mendapat hasil seperti buat donat..doh tidak terlalu lembik sangat..tak lekat kat tangan doh dikira ok.. uli guna bread maker sehingga abis ulinya ..dlm 20 minit uli.. insyaallah doh akan lembut dan elastik..mula bulatkan doh dlm 90gm dan salut dgn butter/margerin/minyak..simpan semalaman atau dlm
Jika guna tangan – 
1. Dlm satu bekas masukkan tpg gandum, garam, gula, susu pekat, shortening 
kemudian masukkan telor ..uli kering
2. Masukkan air demi sedikit hingga doh tak lekat kat tangan… sukatan air tu 
tak semestinya habis ye ..jika doh dah tak lekat kat tangan dikira ok seperti 
kita buat donat…uli doh selama 20 minit shingga doh lembut dan elasti.. 
(part ni uli 7 minit berehat kejap..uli lagi rehat kejap dan uli lagi)
3. Seterusnya bulatkan doh seberat 90gm hingga abis..saya dpt dlm 7 biji.. 
kemudian salut doh dgn sedikit minyak/butter/margerin.. letak dlm bekas 
tertutup dan biarkan semalaman atau dlm 5 jam
Inti Martabak Daging (blh dpt 3 @ 4 biji martabak)
Bahan A
500gm daging kisar/hancur
2 biji bawang besar (sederhana besar)kalau tak suka bawang banyak isi 1 biji pun memadai potong dadu kecil
Sedikit je halia tumbuk
1 sudu besar rempah beriyani
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar minyak masak
Garam, gula secukup rasa
Caranya
1 Tumis bawang besar dan halia dengan sedikit minyak
2. masukkan rempah ..kacau hingga naik bau..biar lama sikit masak supaya 
rempah masak sempurna
3. masukkan daging kisar
4. perisakan dgn garam dan gula
5. kacau adunan hingga masak dan agak kering..
Bahan B
6 biji telor dicuci bersih
Bahan C
2 biji bawang merah di potong dadu
Bahan D 
½ -1 mangkuk mozarella cheese yang diparut dan
1 tiub cheese yang warna oren yang biasa orang letak dlm burger dlm 6 keping – cairkan n tambah dlm 1 cawan susu segar kalau pekat tambah sikit lagi..cair nya mcm sos cili tu
Dah semua bahan ada start mula menebar
Caranya
1. Ambil sebiji doh roti canai..jika tak pandai tebar guna dulang..penyek2 kan 
doh atas dulang..letak sikit minyak ye..canai bagi leper..tarik doh tadi hingga 
nipis mcm dlm gambar ..insyaallah kalau kita uli doh hingga lembut dan 
elastik (doh kalau kita tarik ia tak carik/koyak)..
2.. Pecahkan telur atas doh..masukkan inti martabak, bawang, dan cheese
3. tutup doh mcm dlm gambar…
4. Panaskan pan taruk sikit minyak.. ambil roti perlahan2 n letak atas pan 
panas tadi..balik2 kan roti..
5. Agak2 dah masak..pecahkan sebiji telur atas roti ..ratakan dan taruk inti
martabak..terbalik biar doh yang ada daging ni dibawah..biar masak.
6. Part akhir ni..kalau nak letak cheese atas permukaan yang ada daging pun 
boleh..atau letak permukaan satu lagi pun boleh..hanya letak separuh roti 
sahaja cheesenya..taruk 2 jenis cheese..nak taruk banyak pun sedap..biar
kejap dan terus lipat dua..potong kecik dan sedia dihidang panas dan 
dimakan dgn bawang cuka
Resepi Acar Bawang
2 biji bawang besar (sederhana saiz) di hiris nipis
3 sudu besar cuka
Sedikit garam
Gula
Pewarna merah(ros)
Satukan kesemuanya dan taruk dlm peti sejuk


Bahan - bahannya

1.doh roti canai..salut dgn marjerin/butter atau minyak pun boleh..supaya ia tak melekat antara satu sama lain..n tutup bekas tersebut perap dlm 5 jam atau semalaman

2. Doh sedia sedia untuk di leperkan
4. ha mcm ni la.. tarik nipis insyaallah tak carik/koyak..tarik hingga ke hujung dulang..kalau doh anda betul2 lembut dan elastik..saya tarik pun mmg tak koyak langsung.













 KLIK SINI UNTUK:
 PEMBELIAN TERUS DAN MELALUI KAD KREADIT ➡ BUY BACK SUPPORT

Karipap Ikan By Tahrunnisa

Assalamualaikum...pagi tadi sarapan tembosa/karipap ikan....nak bagitau kulit karipap ni tersangat rangup...6 jam pun still lagi rangup walaupun sejuk...pada kawan2 fb saya kalu nak cuba ini resepinya...
1 1/2 cawan gandum
1sb penuh tepung beras
1sb penuh tepung ubi
1/2 sb gula
secubit garam
1 1/2 sb marjerin atau shortening terpulang (saya punya guna shortening)
4 sudu besar minyak panas
air secukupnya (saya guna air sejuk peti ais)

caranya
gaul bahan2 kering gandum, tpg beras, tpg ubi, gula, garam, shortening/marjerin 
kemudian curah minyak panas dan gaul lagi
dan curah air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tak lekat ditangan dan lembut
gelek doh tadi nipis dan guna acuan karipap dan isi inti kesukaan anda
goreng dlm api sederhana panas
insyaallah jadi licin molek je
inti ikan plak..
ikan kembung 2 ekor direbus
bawang merah 2 biji sederhana besar
bawah putih
lada hitam ditumbuk kasar
kelapa kering sedikit optional*
dan santan sedikit sahaja
ikan diambil isi diblend dengan bawang merah, bawang putih dan halia sedikit
panaskan kuali dan 2 sudu minyak masak
tumis bahan2 blend tadi dan 3 sudu santan
perasakan
masukkan kelapa kering dan lada hitam
kacau sehingga agak2 kering dan nampak berketul2 cantik..




 KLIK SINI UNTUK:
 PEMBELIAN TERUS DAN MELALUI KAD KREADIT ➡ BUY BACK SUPPORT

====
ANDA WAJIB BACA INI !
====


Roti Bun Ala Anpanman

Sangat suka tengok roti comel macam ini..ala-ala roti bun Anpanman Jepun yang femes tu..ok ni saya sempat snap dari FB Tahrunnisa. CaraTahrunnisa buat roti super cute ni..:)
Resepi asas doh roti....
250 gram tepung high protein/ tepung roti-kalu takde tpg ni guna tpg gandum pun boleh
50 gram tepung gandum + 1 sudu kecil bread improver
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)
Cara-caranya
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( kalau ade breadmaker boleh masukkan semua bahan dan tekan ON je dan bila dah siap uli boleh terus bentukkan
2) campurkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagi doh pada 2 bahagian ,satu bahagian besar dan satu bahagian lagi tuk bulat kecik2 (telinga) guna air untuk lekatkan telinga dengan badan..terpulang pada anda jika ingin masukkan inti kacang, coklat atau nutela. tutup rapat dan biarkan naik dua kali ganda. perap dlm 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda...tuk letakkan bahagian telinga bear ni..saya guna air je n terus letak kat kepala bear tu..part ni saya bulat2kan pada tangan saya sehingga ia licin...n letak terus atas tray pembakar
4) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur+susu+madu tadi dan bakar selama 15 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun perang. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
5) jika ingin permukaan bear tu putih...tak yah gliss dgn telur...kene perhati la nanti dlm oven tu tuk nakkan bear tu putih..dlm 14 minit pun kira ok ...tuk hitamkan mata tu saya guna food pen ...SELAMAT MENCUBA KAWAN...

tutup dengan kain lembap dlm 30 minit dan doh bear akan naik mcm ni...skrang masa tu bakarrrrr

sedang membakar dengan jayanya....lepas bakar...letak atas redai....n sejukkan pastu acara lorek melorek plak...saya guna food pen...kalu takde guna coklat cair pun boleh...tuk buat mata n mulut...

tada!!! siap...boleh cicah ngan susu






Blueberry cheese tart 
blueberry cheese tart again n again....tak puas menikmati tart ni...dan kuih bakar kemboja kegemaran anak-anak...
resepi ni saya ambil dr blogger http://rossitamz-kitchen.blogspot.com/…/resepi-dan-tips-che… cara bergambar ada beliau tunjukkan... selamat mencuba...By Tahrunnisa
saya copy n paste minta dihalalkan
Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin 
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
250gm cream cheese 
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.



 KLIK SINI UNTUK:
 PEMBELIAN TERUS DAN MELALUI KAD KREADIT ➡ BUY BACK SUPPORT

Tart Nenas 
Ehem..-ehem raya dah nak dekat apa kata kita cuba masak Kuih Tart Nenas ni..Sedap tau!
Bahan-bahan ( 150 biji )
BAHAN UNTUK DOH TART:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar gula - nak guna gula kastor pun boleh
BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS: saya buat sebiji nenas je.. so agak2 la ye kemanisan yg dikehendaki...
4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit esen vanilla
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Daun pandan
Bahan glaze
1 biji kuning tlor
1 sudu air
1 titik pewarna kuning
CARA MEMBUAT DOH TART:
1.Pukul bersama mentega, tepung susu, minyak sapi, gula hingga sebati. pukul guna senduk kayu je..jgn pukul sampai kembang ye agak2 sebati je semua.
Masukan telur dan esen vanilla, pukul/kacau lagi.
Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.
Panaskan oven.
2 Ambil doh dan tekan pada acuan tart, panjang doh lebih kurang 3 inci. isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).
Ulangi sehingga habis. Dan glaze permukaan tart ngan campuran air dan pewarna kuning
Bakar pada suhu 160C sehingga 17-20 minit sehingga masak.
CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
1 Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
Kacau tanpa henti hingga likat.
3 Angkat dan sejukkan.


Kuih Koci pulut hitam bersantan lemak berkrim...
Kuih Koci pulut hitam bersantan lemak berkrim ....versi moden idea dr blogger http://zalinzalina.blogspot.com/…/siaran-ulangan-tutorial-k….. barakallahu fik ye kak...By Tahrunnisa

Dah lama sangat nak cari resepi kuih koci yang ada salut santan lemak macam ni...kalau kat Pasir Gudang kuih koci macam ni dijual harga RM1 untuk  2 biji! tapi rasa memang sangat sedap tak sama dengan kuih koci biasa..Thanks Tahrunnisa sebab share resepi kuih Koci kegemaran saya ni..Memang terbaiklah !

Resepinya
2 cawan tpg pulut
2 sudu beras pulut hitam dikisar halus dan di ayak...
sedikit garam
1 cawan air (jgn curah semuanya nanti lembek sangat..masukkan sikit2 shingga doh tak lekat tangan..baki air tu dlm 3 sudu besar)
caranya
tpg pulut dan beras pulut hitam serta garam di aduk sebati kemudian curah air sedikit demi sedikit..doh tak lekat kat tangan dah kira ok..doh tak keras n tak lembek sangat..mcm nak buat onde2 tu ..tutup sekejap dgn kain elakkan keras
(inti kelapa manis)
1 biji kelapa parut /kelapa segera/kelapa kering(guna sedikit air panas tuk lembapkannya)
1 biji gula melaka
3/4 cwn gula pasir
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air sahaja
daun pandan disimpul
caranya
masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..
masukkan kelapa parut tadi..kalau takde kelapa parut guna kelapa kering(kelapa kering tambah sikit air panas tuk lembapkannya) masak sekejap atas dapur..agak2 dah kering masukkan bancuhan tpg gandum tadi..masak sehingga ia lembap2 ..kemudian sejukkan
bulat2kan inti tersebut
daun pisang dilayur atas api... saiz dia 5inci X 5 inci sebaik2nya daun muda la senang nak lipat
(kuah santan pekat)
2 sudu besar tpg beras
2cawan santan pekat
sedikit garam
campurkan tpg beras dlm santan pekat..kacau sebati dan masukkan garam...masak adunan ni sehingga pekat... ketepikan
caranya
masakkan air rebusan dalam satu periuk tuk masak kuih koci ni
ambil sedikit adunan tpg pulut tadi..sebesar onde2 tu... bulatkan kemudian leperkan diatas tangan..masukkan inti kelapa tadi...tutup dan bulatkan balik..buat sampai habis doh
air rebusan dah mendidih..masukkan doh2 kuih koci ni dlm air rebusan sehingga kuih koci ni terapung dan angkat...
masukkan pula kuih koci ni dlm adunan campuran santan dan tepung beras (lihat gambar)
guna sudu ambil doh koci sekali ngan adunan santan tadi letak atas daun pisang yang disapu minyak...bungkus mcm bantal atau nasi lemak pun boleh..
kemudian kukus la sekejap dlm 7 minit tuk bagi aroma daun pisang..siap...!
Ni inti kelapa manis..dibulat2kan terlebih dahulu. ..senang nanti nak masuk dlm doh
Setelah inti dimasukkan dan dibulatkan semula...dan direbus seperti onde2/kuih melaka 

Setelah doh direbus...masukkan doh dlm kuah santan pekat yg dimasak terlebih dahulu shingga pekat...

Setelah dimasukkan dlm kuah santan pekat..ambik doh guna sudu sekali dgan kuah santan pekat letak atas daun pisang yang telah dilayur
Bungkusla ia sperti ala2 bantal..atau terpulang janji bungkus guna daun pisang yg dilayur terlebih dahulu...kemudian kukus sekejap dlm 7 minit untuk bagi aroma daun pisang
Memang Terbaik Kuih Koci ni!

Selamat Memasak Semua!
Jom cuba masak ayam goreng KFC style..resepi yang telah diubah suai oleh Tahrunnisa!

Ayam Goreng Ala- ala KFC

Resepi 
1kg ayam dipotong mengikut saiz kesukaan anda
(lepas dipotong saya salut dulu dgn tpg gandum ..biarkan seketika dan basuh
semula utk memastikan hanyir ayam hilang)
adunan perap
2 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit garam
ajinomoto *(terpulang nak isi atau tidak)
lada sulah cap ajishio (saya taruk yang ni so ajinomoto tak yah taruk)
1/2 sudu kecil baking powder (jgn isi banyak ye nanti lidah jadi pijar bila makan)
1  sudu besar lada serbuk terpulang nak pedas tambah lagi adunan tepung (sebatikan semuanya ye)
1 1/2 cawan tpg gandum
1 1/2 cawan tpg jagung
1 sudu besar tpg beras pulut
sedikit garam
sediit ajinomoto *terpulang nak isi atau tidak
lada sulah cap ajishio
lada hitam cap ajihio (terpulang nak isi atau tidak) nak isi sikit je ye)
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar lada serbuk
2 biji telor dipukul
caranya
1. Perap ayam yang dipotong tadi dengan bahan perapan...selama 30 minit
2. masukkan potongan ayam ke dalam telor yang dipukul ..kemudian masukkan ke bekas adunan tepung..salut ayam tadi...
3. biarkan seketika supaya salutan ayam tadi 'mesra' dgn ayam 
4. Sekiranya anda ingin keranggupan dan ketebalan lebih, buat dua kali salutan dengan mengulangi celur dalam telur yang telah dipukul kemudian adunan tepung 
5.. Panaskan minyak banyak ye dlm kuali atau Periuk menggoreng...
6. Goreng dalam api yang sederhana supaya kulit luar cantik hasilnya dan dalaman ayam juga masak..
hasil perapan

Ayam goreng KFC yummy!
Mee Kuning buat sendiri


Resepi mee kuning insyaallah bersih dan halal serta dr air tangan kita..dan sangat menjimatkan..500gm tpg gandum menghasilkan 1.5kg mee kuning.. Resepi Tahrunnisa Jali
Resepinya
500gm tepung gandum
1biji telor + pewarna kuning + 2 sudu besar air kapur + air = 200ml (pewarna ni agakla ye jgn banyak sangat...saya guna yang serbuk secubit je) kalau cecair tu agak2 ye.. kalau kunyit jika dicampur dgn air kapur akan jadi wane oren nanti ..sebaik2 pewarna kuningla..
caranya 
*panaskan air dalam periuk untuk merebus mee ni dan masa nak masukkan mee nanti masukkan garam dlm 2 sudu besar..(saya tak masuk dlm gandum sbb nak jaga mesin dr berkarat)
* masukkan tpg gandum dlm bekas dan tuangkan air
* gaul sebati
* doh ni agak keras sedikit dr doh karipap ye..
* tak payah bagi licin pun tak apa..asal semua sebati je..
* bahagikan 3 bahagian dan leperkan
* menggunakan mesin mee..masukkan doh pada bahagian yang tiada gigi dan
laraskan no.1... (kalau mesin mee saya ada 6 laras (1-6) 1 bukaan paling besar
dan 6 tu bukaan paling kecil/ halus)... ada juga yang laras bukaan ada 1-9 (1 tu
laras bukaan paling besar dan 9 tu laras paling halus/nipis) alirkan doh pada
mesin tersebut sehingga abis buat 2x ye..(2x masuk)
* kemudian laraskan semula ke no.4(bg laras bukaan 1-6). atau 6@7 bagi laras bukaan 1-9 masukkan kepingan mee tadi yang ni tuk nipiskan mee buat 2x
*kemudian masukkan kepingan yang dah nipis ni pada mesin yang ada gigi halus tu..masukkan kepingan mee tadi dan pulas sampai habis..
*skrang masa nak merebus mee..5 minit rebus mee... masa masukkan mee jgn kacau dulu ye..biarkan dlm 1-2 minit..baru kacau ye..kalau kacau masa taruk mee nanti mee tu putus..cukup 5 minit toskan mee
*tos kan mee dan terus masukkan mee dlm air paip biasa (ini utk menghilangkan kanji pada mee ni..kacau2 la mee ni ye tuk buang kanji.. toskan semula mee shingga kering dan masukkan 3 sudu besar minyak masak dan gaul mee sebati..
ni doh mee..tak payah uli sampai licin..mcm dlm gambar ni pun ok..sbb nanti nak masuk mesin mee 

masukkan doh dlm mesin yang takde gigi tu..tuk nipis dia..sblm masuk tu kene leper kan sikit senang proses nak pulas nanti..buat 2x ye

Nila hasilnya kepingan mee kuning

kemudian masukkan ke mesin yang ada gigi halus tu..pulas sampai habis

mee yang belum direbus
rebus dlm 5 minit ye..atau 4 minit..agak2 dia nak masak cantik..angkat dan toskan
lepas toskan mee buang air rebusan masukkan dlm bekas yang isi air paip..ni tuk buang kanji ...kacau2 la supaya kanji2 tu terkeluar..kemudian tos kan semula
dah tos masukkan 3 sudu minyak masak..dan kacau sebati

Mee Goreng Mamak versi Tahrunnisa



AGAR-AGAR LAPIS PELANGI 
AGAR-AGAR LAPIS PELANGI...sedap dan menarik..resepi saya perolehi dr blog http://rozzan.blogspot.com/…/12/agar-agar-pelangi-indah.html....adaptasi dr agar2 biasa mnjadi warne2 ceria yang mampu menarik anak2 menikmatinya....By Tahrunnisah
(saya buat 1/2 adunan dr resepi menggunakan agar2 yang bertali)
Bahan A
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml air
6-8 helai daun pandan
Bahan B
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)
- saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..
1 sudu teh garam
Bahan C
Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci)
Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda
Cara-Cara
Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda.
Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.
Contoh Lapisan:
LAPISAN 1 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN SANTAN
LAPISAN 2 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN JARANG
LAPISAN 3 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU SANTAN
LAPISAN 4 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU JARANG
LAPISAN 5 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN
LAPISAN 6 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING JARANG
LAPISAN 7 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN
LAPISAN 8 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH JARANG
LAPISAN 9 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTAN
LAPISAN 10 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU JARANG
Untuk minum petang..