Saturday, May 30

Cara Buat Roti Anpanman yang sangat comel dan sedap!

Roti AnpanMan berinti kacang merah yang sangat sedap!

Bahan-bahannya 
250 gram tepung high protein/ tepung roti 
50 gram tepung gandum + 1 sudu kecil bread improver
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam 
2  besar tepung susu 
1 ½ sudu teh yis 
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar  marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam


Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu) 

Cara-caranya 
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( kalau ade breadmaker boleh masukkan semua bahan dan  tekan ON je dan bila dah siap uli boleh terus bentukkan). Jika uli tangan sila ikuti langkah seterusnya ya.

2) Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam. 

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagi doh  pada 3 bahagian , 2 bahagian  ros buat bentuk bulat dan satu bahagian lagi bentuk lonjong kecil, selepas itu ros  letakkan inti kacang merah, krim coklat dan peanut butter. tutup rapat dan biarkan naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga 1 jam.

4) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur+susu+madu tadi dan bakar selama 15 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun perang. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.

5) Ambil sedikit coklat masakan dan cairkan, letakkan dalam piping beg dan lukiskan muka 
karektor kartun yang diingini di atas bun tadi, siap untuk dihidangkan, selamat mencuba. : )


AnpanMan versi hangus...:)

Friday, May 29

Cara Buat Giant Bubbles yang sangat cantik tu!



Cara main giant bubbles!

Cara - cara buat:
6 cawan air
1/2 cawan pencuci pinggan mangkuk
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar glycerine (kedai baking)

caranya
1. Masukkan air dan tepung jagung ke dalam besen/bekas. kacau sebati
2. Kemudian masukkan bahan2 lain..kacau perlahan dan kalau blh jangan bagi 
berbuih..kalau tak boleh juga jangan banyak sangat buihnya..
3. Biarkan selama 1 jam atau lebih
4. Sebelum main, kacau perlahan2 kerana adunan tepung jagung termendak di 
bawah
5. Cara nak ikat kayu dan tali lihat pada komen gambar
6. Masa nak main tu..perlahan2 undur kebelakang supaya bubble tu keluar dengan cantiknya dan besar...
"have fun"
Bahan Utama








bahan2 yang digunakan utk pemengang giant bubbles

2 batang kayu yang berlubang ala senang cite guna la senduk
pemberat
tali panjang
Hasilnya 
Masukkan tali ke dalam lubang dan masukkan pemberat

kemudian ikat pada kayu satu lagi

semakin besar luas tali tersebut semakin besar bubble yang dihasilkan "teori bekas cikgu sains'"
~Thanks Tahrunnisa!

 KLIK SINI UNTUK:
 PEMBELIAN TERUS DAN MELALUI KAD KREADIT ➡ BUY BACK SUPPORT

====
ANDA WAJIB BACA INI !
====


Thursday, May 28

Cara masak Mee Goreng Mamak Yang sangat sedap!


Mee Goreng Mamak Yang Sangat Sedap 
Pes mee goreng ala mamak... pes ni saya buat banyak dan boleh disimpan dalam peti..kat kampung saya ada satu kedai tiap kali beli mee goreng tiap kali tu la saya minta sambal extra..sambal tu tauke tu letak dalam mee goreng dia..mee kari, cicah cucur dll... dari situ la saya teliti dan rasa apa bahan2 yang dia masukkan..so yang ni lebih kurangla insyaallah sedap....Tahrunnisa

Resepinya:
6 biji bawang besar*
1 labu bawang putih*
2 genggam lada kering (lada saya ni kurang pedas) nak tau lada kering ni pedas atau tidak tengok pada kerintingnya lada tu*
segenggam udang kering*
1/2 cawan sos cili/tomato
1/2 cawan kicap @ secukupnya tak perlu hitam sangat sambalnya
garam, isi terakhir sekali..sbb kiub ayam dah ada garam
4 sudu besar gula (taruk selepas tumis bawang n lada)
2 stok kiub ayam
1/3 cawan minyak masak

Cara-Cara Masak:
*kisar bahan bertanda sehingga hancur - guna sedikit air 
* panaskan minyak dlm kuali..masukkan bahan bertanda * ..tumis sehingga kering dan pecah minyak..masukkan gula, kicap..sos cili/tomato, kiub ayam, ..tumis lagi sehingga agak pekat..dah sambal menjadi agak gelap.. 
* tutup kuali ngan penutup sbb sambal mudah terpercik keluar... buka api dpur 
sederhana sahaja..
* sambal ni masak nya agak lama ..lagi lama lagi sedap tapi kene kacau sentiasa ye takut hangus di bawah.. perasakan..kalau dah ok jgn isi garam tapi jika tawar tambah sikit je garam.. sambal ni tak la masin sangat .. simpan dlm bekas tertutup tuk kegunaan lain..

resepi mee goreng ala mamak - saya lebih suka goreng utk sorang makan..so kalau nak masak sekali banyak agak2 la ye

Resepi tuk sorang makan
segenggam mee kuning + lebih sikit
kobis, tahu goreng yang di potong nipis, tauge, sawi dipotong
telor 
isi ayam dipotong dadu dan sotong

Cara-caranya:
panaskan kuali..masukkan 2 @ 3 sudu minyak masak
masukkan 1 1/2 - 2 senduk lebih kurang pes mee goreng ..masukkan sotong, ayam..sehingga masak
masukkan sayur kobis, dan sawi dan rasa kalau tawar tambah garam
masukkan mee kacau semua dan buat lubang ditengah kuali masukkan 1 biji telor
biarkan sebentar kacau telor tu (biar separa masak) dan kacau sekali ngan mee...saya guna 2 sudip nak gaul mee... sekejap je lepas taruk telor kacau2 dan masukkan tauge gaul sebati dan terus angkat 
*boleh dihiaskan dengan cili potong, taburan bawang goreng dan daun bawang dan limau nipis


Bahan - bahan utama
pes mee goreng dan boleh dimakan bersama cucur , mee kari dan lain-lain.
Siap nak dimasak dengan telur
Selamat Mencuba!



 KLIK SINI UNTUK:
 PEMBELIAN TERUS DAN MELALUI KAD KREADIT ➡ BUY BACK SUPPORT

Wednesday, May 27

Cara masak Swedish Meatball - Resepi asal Sue Norrman

Resepi asal dari kak Sue Norrman yang kini menetap di Sweden...sangat berpuas hati dengan resepi kak sue... kata kak sue ini resepi asli swedish meatball dari mak mertua kak sue dan kak sue ubah ikut citarasa..haa tu diaaa resepi asli ni...Jazakillahu khairan kak..-Tahrunnisa

Swedish Meatball Sue Norrman

Meatball homemade (memang best resepi ni!)

Bahan-bahannya :-

500 gm mince beef
1/2 biji bwg besar - cincang halus (*)
1 sdm butter. (*)
3/4 sdt lada hitam- powder
1 sdt kryddpeppar@ mixed spices
1/3 serbuk kayu manis- saya tambah
1/3 sdt gula
1-1/2 sdt garam
2 sdm bread crumb- blend halus
30 ml fresh milk.
1 biji telur 'c'- saya tak guna tapi klau nak bole masukan.

Cara-cara masak :-

1) tumis yg bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
2) satukan bahan2 selebihnya dan sebatikan rata. masuk bwg tadi sekali dgn butter. uli lagi sebati dan bulat2 kan ikut besar mana yg kalian suka.
3) guna non stik pan, masuk kan sikit butter sikit dan masak api sederhana. tutup pan supaya masak rata dan balik2 kan kejap hingga masak.
p/s .- butter dlm pan jangan di buang. di guna utk membuat sos.

Sos Gravy

butter lepas masak meatball.
2 cwn chicken stok
2 cwn whipping krim (*)
1 sdm kicap cair
1 ketul kiub ayam
lada hitam sikit - powder
1/2-1 sdm tpg kentang bancuh dgn air sikit utk memekat.
garam/gula- tambahan kalau kurang rasa.
cara :-
1) satukan semua bahan kecuali yg bertanda (*) dan bancuhan tpg kentang.
2) didihkan dan rasa secukupnya baru masukan (*). didihkan lagi dlm seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sikit2 . jgn terlalu pekat.
sampingan - lingon jem dan kentang. Bole ganti mix friuts jem.
bahan-bahan untuk meatball ni kita kisar bersama...

Mix spice tu ada yang dah siap jual kat kedai..tapi ni homemade.. memang rempah ni wajib ada kat umah senang nak buat masakan nasi arab dan lain2 resepi

Swedish MeatBall by Sue Norrman - Tahrunnisa



Swedish Meatball





Tuesday, May 26

Vitalea sudah 100 tahun berada di pasaran dan memberi manfaat kepada kita | Vitalea

100 tahun masa yang sangat panjang. Mula dicipta pada 1915, multi vitamin pertama didunia masih kekal sehingga kini. Dengan pelbagai manfaat nutrisi dan khasiat. Dan kini dengan promosi hebat. Jom, kekal sihat bertenaga dengan Vita-Lea Iron Formula.


Shaklee meraikan ulang tahun Vitalea ke 100 tahun !

Beli produk Shaklee serendah RM24 Jadi Ahli Shaklee + PERCUMA sebotol Vitalea bernilai RM90


Boleh hubungi saya di 017-7697364

Promosi bemula dari May ~ Oktober 2015 ini!

Monday, May 25

Cari minyak ikan yang halal dan selamat di makan? | Omega

Kalau ada tanda-tanda macam kat bawah ni, cepat-cepat la amik minyak ikan omega ye...smile emoticon
Simptom  - simptom yang kita tak perasan selama ni :
- Asyik terlupa letak cermin mata kat mana....? Padahal kat atas kepala jer..!.
- Tiba-tiba rasa ngilu kat jantung...
- Tak boleh sentap...mesti darah naik tinggi!
- Sendi lutut mula rasa sakit...nak jalan-jalan shopping pun jadi tak best..cepat penat..
- Periksa nak dekat, tapi nak hafal satu muka surat subjek sejarah pun susah!
- Anak-anak jadi terlalu hyperaktif lebih-lebih lagi yang kuat makan gula-
gula...jangan dibiarkan...nanti cepat bosan bila suh belajar dan tak nak campur orang sebab asyik dengan dunia sendiri je.

- Selalu lupa parking kereta kat mana...
- Tak ingat hari jadi suami/isteri.....dan banyak lagi yang berkaitan dengan otak dan jantung.
Kajian banyak sangat dah tulis minyak ikan adalah sumber terbaik untuk otak. Sebaiknya Omega Guard adalah salah satu produk terbaik dalam pasaran yang 100% halal dan selamat dimakan!
Pilih minyak ikan yang baik kualitinya...Omega Guard dari Shaklee
Boleh klik SINI kalau nak tahu lebih lanjut tentang Omega Guard yang hebat ini..

Boleh roger saya ye 017-7697364..saya pengedar sah Shaklee anda.
Konsultasi percuma !

Saturday, May 23

Cara untuk mencantikkan kulit muka yang kusam dan kering | Set Kecantikan


Memiliki Kulit cantik memang dambaan setiap wanita. Siapa yang tidak mahu cantik kan?
Sudah pasti anda akan terbayang kulit yang mulus tanpa secalit parut, di tambah lagi kulit seakan bercahaya dan nampak anjal. Sesiapa yang tengok pun pasti akan tertawan!

Disini ada tip-tip mudah untuk kulit sentiasa nampak cantik dan berseri-seri:

1. Minum 3 liter air putih setiap hari.

2. Makan sayur hjiau setiap hari. Jika tidak mampu boleh ambil VitaLea sebagai ganti. 

3. Pakai pelembap SPF 30+ ke atas. Cahaya matahari adalah punca kepada jeragat!

4. Pakai pelembap selepas mandi. Agar kulit tidak kering. Boleh juga gunakan ESP kerana fungsi utamanya memulihkan kulit dari kering dan kusam.

5. Hindarkan makanan segera. Jika lapar ambil ESP kerana ia boleh kurangkan lapar.

6. Banyakkan minum teh hijau seperti Cinch Tea.

7. Bersenam untuk berpeluh. Kulit akan putih kemerah-merahan.

8. Badan kena cukup protein untuk menghasilkan sel-sel yang termusnah dalam badan. Boleh diambil dari ESP kerana proteinnya yang 100% asli dan bukan yang telah diubah genetiknya.

9. Sentiasa mengurut wajah muka mengikut urutan yang betul. Bertujuan untuk membuka dan melancarkan perjalanan darah. Kulit yang kusam akan berubah menjadi kemerahan.

10. Banyakkan makan buah-buahan segar dan berkhasiat tinggi. Anda juga boleh mengamalkan Vitamin C kerana ia sangat berkhasiat dan menghasilkan kolagen untuk kulit agar kulit putih kemerah-merahan seperti berumur 20 an.

11. Sentiasa mengamalkan rutin membersihkan kulit muka setiap hari. Jika tidak kulit mati akan bertimbun dikulit muka anda sehingga kulit jadi kusam hitam.

12. Sentiasa tersenyum dan berpikiran positif.

13. Banyakkan makan buahan -buahan bewarna unggu seperti berry, anggur, lobak unggu kerana  ia makanan kaya antioksidan dan menghalang kulit muka nampak tua. Untuk tampak lebih hebat anda boleh mencuba VivIx kerana ia sangat kaya antioksidan dan mampu menjadikan kulit anda muda 25 tahun dari usia sebenar anda! Buah-buahan berry, anggur dan lobak unggu sangat sukar didapati dan mahal. Tetapi dengan Vivix anda terbukti hebat mendapat 10 kali ganda lebih kandungan buah tersebut! 

4. Kurangkan berpikir tentang masalah yang remeh temeh. Ini mengelakkan anda sentiasa dalam keadaan tertekan. Sangat tidak baik untuk kesihatan kulit keran ia mempercepatkan usia nampak lebih tua.

15. Sentiasa mengamalkan memakai mask atau topeng muka untuk membuang kulit mati. Selain untuk diminum ESP boleh dijadikan mask. Ini mempercepatkan lagi kulit bekerja .

Tips-tips diatas sangat membantu mereka yang diluar sana yang kerap berhadapan dengan masalah kulit kusam dan kering.

Produk yang di cadangkan adalah produk yang sangat bekesan dan telah diguna pakai oleh semua manusia sejak 100 tahun dahulu. Tiada paraben, bahan tiruan, pewarna tiruan, 100% semulajadi!

Boleh dapatkan juga di talian 017-7697364. 


====
ANDA WAJIB BACA INI !
====








KOLAGEN PERLAKING PALING TERBAIK DI PASARAN UNTUK KULIT CANTIK DALAM MASA 7 HARI!



Friday, May 22

Resepi Durian Crepe Versi Tahrunnisah

Resepi Durian Crepe versi Tahrunnisah Jali 


Kulit/crepe (18-20 keping )

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar tepung ubi kentang
1 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar tepung hong kong
sedikit garam
2 sudu besar gula icing
2 biji telur saiz B
1 sudu besar minyak jagung
3/4 cawan air (210ml)
1/2 cawan susu segar (130ml)
sedikit esen vanila
beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk isi sikit je ye

Filling Kastard + Durian

2 sudu besar gula
20 gm tepung kastard
250 ml susu segar
2 biji kuning telor

isi durian yang dihancurkan



Filling Whipping Cream

500gm whipping cream 
2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)















caranya utk kulit/crepe ~ cara nak dptkan crepe yang nipis

1. Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu
2. Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen 
vanila, telor yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan 
pewarna kuning. kacau guna whisk tangan je ye..kemudian tapis
3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana. 
Sapu sikit pan ngan minyak. (saya guna tisu paper)..dah panas pan tu..angkat 
kejap pan dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan..lenggangkan 
pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan 
tadi..kemudian letak balik atas dapur ..(saya tak guna senduk pun tuk ratakan 
kulit tu..just layang2 kan/lenggangkan je shingga memenuhi permukaan) kejap 
je letak atas dapur ye kemudian angkat..jangan lama sbb nanti hangus 
kulitnya.tak payah terbalikkan sebb ia nipis mudah sangat masaknya
4. Ulangi hingga habis. boleh ditindih2 kulitnya insyaallah tak melekat


cara untuk Filling Kastard + Durian

1. Dalam periuk non stick masukkan gula, tpg kastard, 2 biji kuning telor,dan 
susu segar dlm 4 sudu dulu..Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian 
tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi
2. Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga 
kental/pekat. tutup api dan sejukkan kastard filling.
3. Isi Durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan 
masukkan ke dalam piping bag. masukkan kedalam peti ais supaya ia tak cair.


cara untuk filling Whipping Cream..


1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, 
tambah gula icing jika whipping cream anda tawar.. Jika whipping cream anda 
sudah manis abaikan gula icing tu..
2. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan kedalam 
piping bag dan letak dlm freezer sekejap supaya tak mencair.




Sekarang masa utk "membantalkan durian crepe"



sediakan kulit, letak whipping cream dulu (dlm gambar) , kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi..
Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal..haaa dah siap masukkan dlm freezer kejap dlm sejam dua supaya ia mengeras(jika durian crepe yang baru kluar dr freezer tu keras kejung tunggu biar kejap pada suhu bilik (tak lembut tak keras sangat)dan boleh dimakan..


Tadaaaa  akhirnya siap Durian Crepe..Thanks to Tahrunnisah for such good recipe..

Durian Crepe












 KLIK SINI UNTUK:
 PEMBELIAN TERUS DAN MELALUI KAD KREADIT ➡ BUY BACK SUPPORT

====
ANDA WAJIB BACA INI !
====








KOLAGEN PERLAKING PALING TERBAIK DI PASARAN UNTUK KULIT CANTIK DALAM MASA 7 HARI!


Thursday, May 21

Produk Shaklee bukan Picisan !

Shaklee Produk Picisan..!!! 
Shaklee bukan Produk Picisan..! Tapi merupakan satu produk yang dengan izin Allah di asaskan oleh seorang manusia hebat 100 tahun dahulu yang mampu berfikir Luar Biasa untuk kehidupan masyarakat 100 tahun kehadapan hari ini..! Dr Forrest Clell Shaklee..!

Siapa Dr Forrest Clell Shaklee..?
👶 Dr. Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Iowa.
👶 Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidam penyakit tuberculosis (batuk kering).
👶 Doktor meramalkan beliau boleh hidup sehingga berumur 8 tahun
👶 Berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.
🛀 Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar.
🛀 Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal.
Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.
👷 Bermula Sebagai Seorang Chiropractic Practitioner
Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’.
Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science of chiropracticcare.
👀 Forrest Shaklee kemudiannya mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal.
🍃Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.

Credit to Zura Betty

Pengasas Shaklee



Blog yang sangat lama tak di update!

Harini 24 Ogos 2019.... Lama dah tak menulis di sini... sampai terlupa nak log in blogspot ni macam mana...aduhai... ini lah blog perta...