Tuesday, September 22

Pengalaman pertama kali pergi bercuti ke luar negara

Pengalaman pertama kali pergi bercuti ke luar negara adalah satu-satunya kenangan yang sangat best untuk dikenang kan?

Almaklumlah kita pun bukan jenis berduit yang boleh terbang ke sana kemari sesuka hati.
Tapi semua impian tu boleh diusahakan. Hari ni saja nak wat throwback kenangan bercuti di Bandung Indonesia. Hmm kami pergi awal tahun 2014. Orang biasa bercuti akhir tahun tapi kami terbalik pulak.

Perjalanan 5 hari 4 malam yang sangat hectic! Paling tak sangka jalan jem kat sana sangat berbeza berbanding di sini..


Mereka akan menutup laluan setiap satu jam dan terpaksa menunggu giliran untuk jalan. Jem sangat teruk di sana..memang kena banyak bersabar.


Melihat negeri orang menjadikan diri kita lebih bersyukur berada dinegara sendiri. 

Bagusnya di Indonesia ni, kita tak boleh kenal sama ada mereka ni bangsa jawa atau cina kerana lidah mereka terlalu fasih berbahasa indonesia. Bila tahu nama mereka baru sedar mereka bangsa apa.


Di sana kami pergi melawat banyak tempat menarik seperti Tangkuban Parahu iaitu gunung berapi yang masih aktif lagi..di sana sangat sejuk tak digalakkan memakai baju nipis. Perkerjaan penduduk di sana adalah menjaja barang cenderamata untuk pelancong yang datang.

Selain itu kami pergi melawat Safari. Memang best terutama apabila masuk ke dalam kawasan singa dan harimau yang lepas bebas. Pengalaman menaiki kenderaan biasa memasuki dunia haiwan liar ni memang terbaik. Bukan kanak - kanak saja yang suka orang dewasa yang tua bangka macam kami lagilah yang over excited...:p walaupun harga tiket mahal kami tetap enjoy the moment!

Kami juga berkunjung ke ladang teh, melihat permainan paragliding diatas bukit kebun teh.  Kami juga di bawa ke tasik terapung ..banyak rumah seperti rumah limas dibina disitu. Kami juga berpeluang ke kilang membuat tauhu macam tauhu sumedang. Tauhu di sana tebak dan sanga sedap. Kami di bawa berjalan jalan sekitar kota bandung. Memang banyak bangunan pencakar langit dan butik terkenal di seluruh dunia di bina di sini. Memang jadi daya tarikan utama pelancung disini.

Selepas penat berjalan kami dibawa bershopping di butik2 jalanan yang sangat eksklusif seperti di JPO Uniknya di sini butik mereka sangat cantik dan kreatif. Harganya juga sangat la murahhh!

Kain pasang juga sangat berbaloi harganya sesuai untuk buat bisnes.
Banyak juga kami borong terutamanya pakaian dan makanan.
Kesimpulannya bercuti di bandung adalah satu kenangan yang indah fan tidak sama ditempat lain...:)

Tips berguna:

- sediakan duit rupiah yang cukup sebab kat sana rambang mata semua benda nak dibeli..hehehe
- Sentiasa standby ubat- ubatan takut ada yang cirit birit sebab makan bakso kat tepi jalan ni.Rupa dia mmg sedap!
- Buat kajian awal2 untuk pergi ketempat yang dicadangkan.
- Mencari supir yang dipercayai untuk memudahkan perjalanan korang tu.


Ok ikuti sambungan PART 2 di entry akan datang...:)

Sebelum tu jom cuci mata tengok gambar kami di Indonesia..

No comments:

Blog yang sangat lama tak di update!

Harini 24 Ogos 2019.... Lama dah tak menulis di sini... sampai terlupa nak log in blogspot ni macam mana...aduhai... ini lah blog perta...