Shaklee tak berkesan? Betul ke tak ni ?



Shaklee tak berkesan ? Betul ke tak betul ni?

 Pernah dengar orang komplen kata " Dah makan Shaklee banyak dah...tapi takde nampak kesan pun? "  

dan ramai yang kata Shaklee dah menipu pembeli...tapi memang betul ke cerita - cerita ni? 
Jom kita tengok mengapa golongan - golongan ini merasakan Shaklee adalah produk yang tidak bagus dan tidak memberikan kesan seperti yang diharapkan....

Punca Vitamin Tidak Berkesan:

1. Kurang minum air masak

Tahukah, kita perlukan 1ltr air untuk setiap 25kg berat badan untuk memastikan fungsi fisiology yang normal berlaku. Bayangkan jika kekurangan air, fungsi fisiologi badan akan terganggu dan sudah tentu vitamin di dalam sel tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi, jangan ambil mudah dengan minum air. Jika tidak ambil vitamin pun, kita masih perlu minum air, inikan lagi bervitamin....maka minumlah untuk kesihatan anda :D

2. Makan banyak vitamin sekaligus dalam 1 masa.

Ini amalan yang tidak sihat. Kerana terdapat zat-zat tertentu yang akan menghalang penyerapan zat yang lain. Contohnya kalsium akan menghalang penyerapan zat besi. Jadi, jika makan banyak vitamin sekaligus, ada kemungkinan terdapat zat yang tidak diserap oleh badan, jadi tak hairanlah jika vitamin tidak berkesan.

3. Waktu pengambilan vitamin yang tidak sesuai

Walaupun vitamin sebenarnya tiada waktu tertentu untuk pengambilannya namun ada beberapa vitamin yang memerlukan keadaan tertentu untuk penyerapan yang lebih baik. Contohnya vitamin larut lemak sesuai diambil selepas makan kerana penyerapanya lebih baik dan ada vitamin yang diserap lebih baik semasa perut kosong.

4. Mengambil vitamin bersama ubat hospital

Bagi mereka yang mempunyai penyakit dan makan ubat hospital, mungkin untuk mengelakkan lupa makan ubat mereka lebih suka makan kesemuanya sekaligus. Sama seperti pengambilan vitamin sekaligus, kemungkinan ada zat-zat yang tidak diserap dengan baik kerana percampuran kedua-duanya.

5. Mengambil vitamin bersama minuman berkafein

Ini lagilah tak boleh kerana kafein memang mengurangkan penyerapan zat makanan, jadinya mungkin ada vitamin yang tidak diserap oleh badan. Bagi yang gemarkan minuman berkafein juga dinasihatkan untuk minum secawan sehari cukuplah.

6. Pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sihat.

Vitamin ialah makanan tambahan dan bukanlah pengganti makanan seimbang, jadi fungsinya adalah untuk melengkapkan zat-zat makanan yang tidak cukup daripada pemakanan seimbang harian kita. Jadi, pengambilan makanan seimbang dan sihat adalah wajib sementara vitamin akan melengkapkan mana-mana yang lompong.

Umpama solat wajib dan solat sunat yang mengiringi solat wajib. Solat wajib tu memang kita kena buat dan solat sunat adalah untuk menampung jika terdapat lompong-lompong dalam solat wajib kita.

7. Terdedah kepada pencemaran yang boleh memusnahkan vitamin

Pencemaran yang paling dekat dengan ramai antara kita ialah asap rokok. Asap rokok boleh memusnahkan vitamin C dan zink dalam badan. Selain itu, pencemaran udara, pencemaran air dan sebagainya turut memusnahkan vitamin dan nutrisi dalam badan. Jadi, jika kita sering terdedah kepada pencemaran ini mungkin vitamin diperlukan dalam dos yang lebih tinggi.

8. Toksin yang tinggi dalam badan

Toksin ini biasanya akan berkumpul pada dinding usus dan menghalang penyerapan zat makanan. Adalah dinasihatkan agar bersihkan usus dulu sebelum makan vitamin.

Pernahkah anda dengar tentang detoks? Detoks adalah proses mengeluarkan toksin daripada tubuh dan toksin ini sebenarnya boleh menjadi punca penyakit. Shaklee ada produk untuk detoks usus, detoks hati dan detoks seluruh badan termasuk darah.

9. Masalah kesihatan

Terdapat beberapa masalah kesihatan terutamanya yang berkaitan dengan usus yang boleh menghalang penyerapan zat makanan. Pastikan anda mendapat rawatan dan nasihat daripada doktor sebelum memulakan pengambilan vitamin.

Haaa sekarang anda dah kenal pasti apakah masalah yang menyebabkan pengambilan vitamin tidak berkesan dan pastikan pilih pengedar Shaklee yang boleh memberikan nasihat sewajarnya mengenai pengambilan vitamin sebelum membuat pembelian.


Agent Shaklee : 017-7697364

Sumber:Cantiksanasini.



Post a Comment