Tahukah anda stress atau tekanan boleh memusnahkan tenaga di dalam badan seseorang?
Malah bukan itu sahaja tekanan yang berlebihan akan membuatkan otak kita melepaskan satu hormon yang dipanggil Cortisol yang boleh merosakkan badan kita. Maka tidak hairanlah jikalau mereka yang selalu mengalami masalah tekanan dan selalu rasa gementar akan mendapati sistem imunisasi badan mereka sangat lemah. Sudah pastinya penyakit sangatlah mudah untuk datang jika imunisasi badan jatuh merundum.
Disinilah Vitamin E memainkan peranan dimana Vitamin E sangat-sangat membantu untuk merangsang imunisasi badan manusia agar tidak mudah diserang penyakit. kalau anda nak tahu Vitamin E juga salah satu vitamin yang mengandungi antioksidan yang akan menghalang berlakunya kerosakan sel - sel terpenting dalam badan.
Carilah khasiat - khasiat vitamin E ini di dalam makanan harian kita seperti sumber bijiran, roti bijirin, minyak zaitun, buah - buahan , telur dan kekacang atau dalam pemakanan tambahan seperti vitamin E Complex yang telah lengkap sepenuhnya.
![]() |
Salah satu Vitamin E (100% natural) yang sangat dipercayai dan sangat memberikan kesan. |
Sumber : Glow Mags.
No comments:
Post a Comment