Monday, June 8

Cara buat keropok Lekor yang sangat mudah!


 Kali Ini saya nak bawakan satu lagi resepi makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu Keropok Lekor. Resepi ini sangat mudah untuk dibuat dirumah. Tak perlu membeli lagi sangat sesuai untuk keluarga yang gemar makan keropok lekor. Resepi ni adalah resepi asal dari Tahrunnisa, walaupun beliau duduk jauh nun di Arab sana pun still boleh masak sendiri keropok lekor !

Resepi keropok lekor
1kg ikan kembung atau apa jenis ikan
300 gm tpg ubi (1 1/2 cwn)
150ml air sejuk dr peti (3/4 cawan)
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil ajinomoto jika suka tp dlm kebanyakan keropok lekor kedai mmg taruk

caranya
1. Asingkan isi ikan dr tulangnya..potong kecil2 ye
2. Masukkan dlm food prosessor ..kisar hingga hancur dan masukkan garam dan 
ajinomoto ...kemudian masukkan air ...kisar lagi dan masukkan tepung sedikit 
demi sedikit
3. jika food prosessor tak berupaya nak kisar atau dgn banyak atau takut rosak 
buat separuh2 dahulu 
4. dan satu lagi cara kisar dulu isi ikan dan air, garam serta ajinomoto kemudian 
keluarkan dr food prosessor dan masukkan dlm bekas besar baru masukkan
tpung dan kacau hingga sebati
5. tabur tpg ubi atas alas pencanai... dgn menggunakan sudu besar ambil lbh 
kurang 2 sudu besar adunan letak atas alas pencanai dan tabur sedikit tpg ubi 
atas adunan ikan tadi... uli adunan ikan tadi memanjang..buat sampai habis ye
6. Sebelum tu panaskan air hingga mendidih dan masukkan keropok tadi jgn
masukkan semua masukkan beberapa batang dulu..kacau supaya keropok tak 
melekat didasar periuk
7. rebus hingga keropok itu terapung seketika dan angkat serta toskan
8. kalau nak goreng terus taknak rebus pun boleh..tp saya lebih suka yang rebus 
dulu baru goreng
9. Selamat mencuba
Bahan - bahan utama keropok lekor




Tabur tepung ubi atas papan atau pencanai

Uli tepung dengan cara memanjang ikut suka nak pendek atau panjang atau bulat
   
Setelah siap rebus boleh juga dimakan terus atau goreng 

No comments:

Blog yang sangat lama tak di update!

Harini 24 Ogos 2019.... Lama dah tak menulis di sini... sampai terlupa nak log in blogspot ni macam mana...aduhai... ini lah blog perta...