Saturday, May 30

Cara Buat Roti Anpanman yang sangat comel dan sedap!

Roti AnpanMan berinti kacang merah yang sangat sedap!

Bahan-bahannya 
250 gram tepung high protein/ tepung roti 
50 gram tepung gandum + 1 sudu kecil bread improver
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam 
2  besar tepung susu 
1 ½ sudu teh yis 
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar  marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam


Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu) 

Cara-caranya 
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( kalau ade breadmaker boleh masukkan semua bahan dan  tekan ON je dan bila dah siap uli boleh terus bentukkan). Jika uli tangan sila ikuti langkah seterusnya ya.

2) Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam. 

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagi doh  pada 3 bahagian , 2 bahagian  ros buat bentuk bulat dan satu bahagian lagi bentuk lonjong kecil, selepas itu ros  letakkan inti kacang merah, krim coklat dan peanut butter. tutup rapat dan biarkan naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga 1 jam.

4) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur+susu+madu tadi dan bakar selama 15 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun perang. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.

5) Ambil sedikit coklat masakan dan cairkan, letakkan dalam piping beg dan lukiskan muka 
karektor kartun yang diingini di atas bun tadi, siap untuk dihidangkan, selamat mencuba. : )


AnpanMan versi hangus...:)

No comments:

Blog yang sangat lama tak di update!

Harini 24 Ogos 2019.... Lama dah tak menulis di sini... sampai terlupa nak log in blogspot ni macam mana...aduhai... ini lah blog perta...