Wednesday, June 3

Cara makan Vitamin Shaklee yang betul



Ada yang susah nak makan vitamin pada waktu kerja. Jadi boleh ambil pada waktu pagi atau malam sahaja, ketika berada di rumah. Ada pula yang rasa mengantuk jika mengambil B Kompleks pada waktu pagi, maka disarankan pengambilan selepas makan tengah hari (lunch). Ada juga yang suka ambil semua serentak, sebab takut lupa. Semua boleh dan ianya fleksibel. Cuma ada beberapa ‘basic rules’ tentang ini. Di sini dikongsikan cara makan vitamin Shaklee yang wajib diketahui.

SELEPAS SARAPAN
Vitamin yang disarankan diambil pada waktu pagi ialah vitamin yang berfungsi untuk membekal tenaga iaitu :
  • Vitalea
  • B Kompleks
  • Vitamin C
  • ESP / Cinch / Meal Shakes
SELEPAS MAKAN TENGAH HARI
Kebiasaannya kita akan mengambil makanan berat pada waktu ini iaitu nasi dan lauk-pauk. Jadi pengambilan makanan yang berminyak akan membantu penyerapan vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K. Sangat sesuai diambil :
  • Lecithin
  • Omega
  • Vitamin E
  • GLA (GLA tidak digalakkan diambil bersama vitamin E. Jika ambil kedua-duanya, ambil GLA selepas makan tengah hari dan Vitamin E selepas makan malam atau sebaliknya)
SELEPAS MAKAN MALAM
  • Lecithin
  • Alfalfa
  • Zink (Perlu diambil setiap hari hanya jika mengalami masalah keguguran rambut yang serius)
SEBELUM TIDUR
  • Ostematrix
  • ESP (Terutama untuk ibu menyusu)
  • Herblax (2 kali seminggu sahaja)
Tambahan :
1. Nutriferon – seminggu satu sachet sahaja kecuali ketika rasa nak demam atau demam, boleh diambil setiap hari.
2. Vivix – selepas makan
PENTING
  • Vitalea tidak boleh diambil Ostematrix atau susu
  • Vitamin E tidak boleh diambil bersama Alfalfa
  • Pastikan pengambilan air masak mencukupi – 2 hingga 3 liter
* Tidak semua vitamin disenaraikan di sini. Untuk jadual yang lengkap sila hubungi pengedar anda.
Kredit : mamafaiz

No comments:

Blog yang sangat lama tak di update!

Harini 24 Ogos 2019.... Lama dah tak menulis di sini... sampai terlupa nak log in blogspot ni macam mana...aduhai... ini lah blog perta...