Saturday, June 6

Cara masak Kole Lemak Bengkang Bingka Lemak


kuih kole lemak atau bingka lemak atau bekang... dibungkus guna sedemikian rupa dgn daun pisang terbalik...
Resepinya (resepi ni tuk 3@4 orang je kalau nak buat lebih boleh gandakan)
A (kole lemak @ bingka tpg beras)
1 cawan tepung beras
3 cawan santan cair
sedikit garam
caranya
Campurkan semua bahan diatas dalam periuk dan kacau sebati... dan masak atas api sederhana sehingga pekat dan kental serta berkilat
tuangkan kedalam loyang saiz 7 dan ratakan ia..
B (kuah)
1 cawan santan sederhana pekat
sedikit garam dan gula sedikit
1 sudu besar tepung beras + air sikit (bancuh)
2 biji bawang merah kecik(dihiris nipis) + sedikit halia (dihiris halus n nipis + 1/2 sudu kecil halba)
caranya
Masukkan santan, bawang halia dan halba dlm periuk..masak sehingga mendidih dan masukkan bancuhan tepung beras tadi dan perisakan dengan garam dan sedikit gula (ia tak masin sangat lemak2 je rasanya)
masak sehingga kuah nya agak likat
sambal ikan + kelapa
3 ekor ikan kembung
2 biji bwang besar (sederhana besar)*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1cawan santan cair
1 sudu lada hitam ditumbuk halus
garam, gula
1/2cawan kelapa parut -
kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan (api perlahan) ketepikan
caranya
ikan kembung dibuang perut dibersihkan dan direbus..air rebusan jangan dibuang .. kemudian ambil isi ikan sahaja
Kisar bahan bertanda sehingga hancur dan masukkan isi ikan tadi..kisar lagi..n tambah sikit air rebusan ikan tadi jika mesin tak le putar
panaskan 1 sudu minyak..masukkan bahan kisar tadi ..masukkan santan, lada hitam garam gula.masukkan kelapa tadi .. kemudian rasa dah ok.kacau sebati sehingga agak kering.
untuk kole lemak caranya letak dulu potongan kuih bingka atau kole lemak @ satu senduk kuih bingka kemudian tuang 1@ 2 sudu besar kuahnya dan baru tabur sambal ikan..sambal ni letak banyak lagi sedap.
Lebihan sambal ikan tu boleh simpan dlm freezer utk kegunaan lain pula...By Tahrunnisa










No comments:

Blog yang sangat lama tak di update!

Harini 24 Ogos 2019.... Lama dah tak menulis di sini... sampai terlupa nak log in blogspot ni macam mana...aduhai... ini lah blog perta...