Monday, June 15

Cara - cara buat mee kuning sendiri dirumah!

Mee Kuning buat sendiri


Resepi mee kuning insyaallah bersih dan halal serta dr air tangan kita..dan sangat menjimatkan..500gm tpg gandum menghasilkan 1.5kg mee kuning.. Resepi Tahrunnisa Jali
Resepinya
500gm tepung gandum
1biji telor + pewarna kuning + 2 sudu besar air kapur + air = 200ml (pewarna ni agakla ye jgn banyak sangat...saya guna yang serbuk secubit je) kalau cecair tu agak2 ye.. kalau kunyit jika dicampur dgn air kapur akan jadi wane oren nanti ..sebaik2 pewarna kuningla..
caranya 
*panaskan air dalam periuk untuk merebus mee ni dan masa nak masukkan mee nanti masukkan garam dlm 2 sudu besar..(saya tak masuk dlm gandum sbb nak jaga mesin dr berkarat)
* masukkan tpg gandum dlm bekas dan tuangkan air
* gaul sebati
* doh ni agak keras sedikit dr doh karipap ye..
* tak payah bagi licin pun tak apa..asal semua sebati je..
* bahagikan 3 bahagian dan leperkan
* menggunakan mesin mee..masukkan doh pada bahagian yang tiada gigi dan
laraskan no.1... (kalau mesin mee saya ada 6 laras (1-6) 1 bukaan paling besar
dan 6 tu bukaan paling kecil/ halus)... ada juga yang laras bukaan ada 1-9 (1 tu
laras bukaan paling besar dan 9 tu laras paling halus/nipis) alirkan doh pada
mesin tersebut sehingga abis buat 2x ye..(2x masuk)
* kemudian laraskan semula ke no.4(bg laras bukaan 1-6). atau 6@7 bagi laras bukaan 1-9 masukkan kepingan mee tadi yang ni tuk nipiskan mee buat 2x
*kemudian masukkan kepingan yang dah nipis ni pada mesin yang ada gigi halus tu..masukkan kepingan mee tadi dan pulas sampai habis..
*skrang masa nak merebus mee..5 minit rebus mee... masa masukkan mee jgn kacau dulu ye..biarkan dlm 1-2 minit..baru kacau ye..kalau kacau masa taruk mee nanti mee tu putus..cukup 5 minit toskan mee
*tos kan mee dan terus masukkan mee dlm air paip biasa (ini utk menghilangkan kanji pada mee ni..kacau2 la mee ni ye tuk buang kanji.. toskan semula mee shingga kering dan masukkan 3 sudu besar minyak masak dan gaul mee sebati..
ni doh mee..tak payah uli sampai licin..mcm dlm gambar ni pun ok..sbb nanti nak masuk mesin mee 

masukkan doh dlm mesin yang takde gigi tu..tuk nipis dia..sblm masuk tu kene leper kan sikit senang proses nak pulas nanti..buat 2x ye

Nila hasilnya kepingan mee kuning

kemudian masukkan ke mesin yang ada gigi halus tu..pulas sampai habis

mee yang belum direbus
rebus dlm 5 minit ye..atau 4 minit..agak2 dia nak masak cantik..angkat dan toskan
lepas toskan mee buang air rebusan masukkan dlm bekas yang isi air paip..ni tuk buang kanji ...kacau2 la supaya kanji2 tu terkeluar..kemudian tos kan semula
dah tos masukkan 3 sudu minyak masak..dan kacau sebati

Mee Goreng Mamak versi Tahrunnisa

No comments:

Blog yang sangat lama tak di update!

Harini 24 Ogos 2019.... Lama dah tak menulis di sini... sampai terlupa nak log in blogspot ni macam mana...aduhai... ini lah blog perta...