Thursday, June 25

Roti Bun Comel untukAnak - anak bawa bekal ke sekolah

Roti Bun Ala Anpanman

Sangat suka tengok roti comel macam ini..ala-ala roti bun Anpanman Jepun yang femes tu..ok ni saya sempat snap dari FB Tahrunnisa. CaraTahrunnisa buat roti super cute ni..:)
Resepi asas doh roti....
250 gram tepung high protein/ tepung roti-kalu takde tpg ni guna tpg gandum pun boleh
50 gram tepung gandum + 1 sudu kecil bread improver
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)
Cara-caranya
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( kalau ade breadmaker boleh masukkan semua bahan dan tekan ON je dan bila dah siap uli boleh terus bentukkan
2) campurkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagi doh pada 2 bahagian ,satu bahagian besar dan satu bahagian lagi tuk bulat kecik2 (telinga) guna air untuk lekatkan telinga dengan badan..terpulang pada anda jika ingin masukkan inti kacang, coklat atau nutela. tutup rapat dan biarkan naik dua kali ganda. perap dlm 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda...tuk letakkan bahagian telinga bear ni..saya guna air je n terus letak kat kepala bear tu..part ni saya bulat2kan pada tangan saya sehingga ia licin...n letak terus atas tray pembakar
4) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur+susu+madu tadi dan bakar selama 15 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun perang. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
5) jika ingin permukaan bear tu putih...tak yah gliss dgn telur...kene perhati la nanti dlm oven tu tuk nakkan bear tu putih..dlm 14 minit pun kira ok ...tuk hitamkan mata tu saya guna food pen ...SELAMAT MENCUBA KAWAN...

tutup dengan kain lembap dlm 30 minit dan doh bear akan naik mcm ni...skrang masa tu bakarrrrr

sedang membakar dengan jayanya....lepas bakar...letak atas redai....n sejukkan pastu acara lorek melorek plak...saya guna food pen...kalu takde guna coklat cair pun boleh...tuk buat mata n mulut...

tada!!! siap...boleh cicah ngan susu






No comments:

Blog yang sangat lama tak di update!

Harini 24 Ogos 2019.... Lama dah tak menulis di sini... sampai terlupa nak log in blogspot ni macam mana...aduhai... ini lah blog perta...