Sunday, June 21

Cara - cara buat Tart Nenas

Tart Nenas 
Ehem..-ehem raya dah nak dekat apa kata kita cuba masak Kuih Tart Nenas ni..Sedap tau!
Bahan-bahan ( 150 biji )
BAHAN UNTUK DOH TART:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar gula - nak guna gula kastor pun boleh
BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS: saya buat sebiji nenas je.. so agak2 la ye kemanisan yg dikehendaki...
4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit esen vanilla
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Daun pandan
Bahan glaze
1 biji kuning tlor
1 sudu air
1 titik pewarna kuning
CARA MEMBUAT DOH TART:
1.Pukul bersama mentega, tepung susu, minyak sapi, gula hingga sebati. pukul guna senduk kayu je..jgn pukul sampai kembang ye agak2 sebati je semua.
Masukan telur dan esen vanilla, pukul/kacau lagi.
Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.
Panaskan oven.
2 Ambil doh dan tekan pada acuan tart, panjang doh lebih kurang 3 inci. isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).
Ulangi sehingga habis. Dan glaze permukaan tart ngan campuran air dan pewarna kuning
Bakar pada suhu 160C sehingga 17-20 minit sehingga masak.
CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
1 Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
Kacau tanpa henti hingga likat.
3 Angkat dan sejukkan.


No comments:

Blog yang sangat lama tak di update!

Harini 24 Ogos 2019.... Lama dah tak menulis di sini... sampai terlupa nak log in blogspot ni macam mana...aduhai... ini lah blog perta...