Wednesday, June 10

Cara buat Snowcheese Cake yang simple dan Sedap!

Snowcheese Cake yang simple dan Sedap
Ni Snowcheese cake mabeless yang sedap..smalam ada minta resepikan ..harus buat sempena birthday 3 serangkai ye ...Resepi By Tahrunnisa
Bahan:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga) - saya guna tepung gandum yang diayak 3x
60g tepung jagung (maizena)
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)
Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin - 1 tin susu pekat manis -(satukan kedua bahan & putar sehingga
tidak berketul-ketul).
Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. saya putar dlm 20 minit...Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.




Selamat Mencuba!

No comments:

Blog yang sangat lama tak di update!

Harini 24 Ogos 2019.... Lama dah tak menulis di sini... sampai terlupa nak log in blogspot ni macam mana...aduhai... ini lah blog perta...