Tuesday, June 30

Resepi Martabak Cheese versi tahrunnisah..

Martabak Cheese 

Resepi Martabak Cheese versi tahrunnisah..
(Penerangan panjang utk memudahkan/bagi paham)
2 gelas tepung gandum (350gm)
1 biji telur saiz c (yg paling kecil)
Sedikit garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar shortening/butter
½ gelas air atau kalau keras tambah sikit air (200ml)
Utk salut doh roti canai nanti
Butter/margerin/minyak
Caranya
Jika guna breadmaker – 
masukkan semua bahan kecuali air..air tambah sedikit demi sedikit hingga mendapat hasil seperti buat donat..doh tidak terlalu lembik sangat..tak lekat kat tangan doh dikira ok.. uli guna bread maker sehingga abis ulinya ..dlm 20 minit uli.. insyaallah doh akan lembut dan elastik..mula bulatkan doh dlm 90gm dan salut dgn butter/margerin/minyak..simpan semalaman atau dlm
Jika guna tangan – 
1. Dlm satu bekas masukkan tpg gandum, garam, gula, susu pekat, shortening 
kemudian masukkan telor ..uli kering
2. Masukkan air demi sedikit hingga doh tak lekat kat tangan… sukatan air tu 
tak semestinya habis ye ..jika doh dah tak lekat kat tangan dikira ok seperti 
kita buat donat…uli doh selama 20 minit shingga doh lembut dan elasti.. 
(part ni uli 7 minit berehat kejap..uli lagi rehat kejap dan uli lagi)
3. Seterusnya bulatkan doh seberat 90gm hingga abis..saya dpt dlm 7 biji.. 
kemudian salut doh dgn sedikit minyak/butter/margerin.. letak dlm bekas 
tertutup dan biarkan semalaman atau dlm 5 jam
Inti Martabak Daging (blh dpt 3 @ 4 biji martabak)
Bahan A
500gm daging kisar/hancur
2 biji bawang besar (sederhana besar)kalau tak suka bawang banyak isi 1 biji pun memadai potong dadu kecil
Sedikit je halia tumbuk
1 sudu besar rempah beriyani
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar minyak masak
Garam, gula secukup rasa
Caranya
1 Tumis bawang besar dan halia dengan sedikit minyak
2. masukkan rempah ..kacau hingga naik bau..biar lama sikit masak supaya 
rempah masak sempurna
3. masukkan daging kisar
4. perisakan dgn garam dan gula
5. kacau adunan hingga masak dan agak kering..
Bahan B
6 biji telor dicuci bersih
Bahan C
2 biji bawang merah di potong dadu
Bahan D 
½ -1 mangkuk mozarella cheese yang diparut dan
1 tiub cheese yang warna oren yang biasa orang letak dlm burger dlm 6 keping – cairkan n tambah dlm 1 cawan susu segar kalau pekat tambah sikit lagi..cair nya mcm sos cili tu
Dah semua bahan ada start mula menebar
Caranya
1. Ambil sebiji doh roti canai..jika tak pandai tebar guna dulang..penyek2 kan 
doh atas dulang..letak sikit minyak ye..canai bagi leper..tarik doh tadi hingga 
nipis mcm dlm gambar ..insyaallah kalau kita uli doh hingga lembut dan 
elastik (doh kalau kita tarik ia tak carik/koyak)..
2.. Pecahkan telur atas doh..masukkan inti martabak, bawang, dan cheese
3. tutup doh mcm dlm gambar…
4. Panaskan pan taruk sikit minyak.. ambil roti perlahan2 n letak atas pan 
panas tadi..balik2 kan roti..
5. Agak2 dah masak..pecahkan sebiji telur atas roti ..ratakan dan taruk inti
martabak..terbalik biar doh yang ada daging ni dibawah..biar masak.
6. Part akhir ni..kalau nak letak cheese atas permukaan yang ada daging pun 
boleh..atau letak permukaan satu lagi pun boleh..hanya letak separuh roti 
sahaja cheesenya..taruk 2 jenis cheese..nak taruk banyak pun sedap..biar
kejap dan terus lipat dua..potong kecik dan sedia dihidang panas dan 
dimakan dgn bawang cuka
Resepi Acar Bawang
2 biji bawang besar (sederhana saiz) di hiris nipis
3 sudu besar cuka
Sedikit garam
Gula
Pewarna merah(ros)
Satukan kesemuanya dan taruk dlm peti sejuk


Bahan - bahannya

1.doh roti canai..salut dgn marjerin/butter atau minyak pun boleh..supaya ia tak melekat antara satu sama lain..n tutup bekas tersebut perap dlm 5 jam atau semalaman

2. Doh sedia sedia untuk di leperkan
4. ha mcm ni la.. tarik nipis insyaallah tak carik/koyak..tarik hingga ke hujung dulang..kalau doh anda betul2 lembut dan elastik..saya tarik pun mmg tak koyak langsung.













 KLIK SINI UNTUK:
 PEMBELIAN TERUS DAN MELALUI KAD KREADIT ➡ BUY BACK SUPPORT

No comments:

Blog yang sangat lama tak di update!

Harini 24 Ogos 2019.... Lama dah tak menulis di sini... sampai terlupa nak log in blogspot ni macam mana...aduhai... ini lah blog perta...