Resepi Air Lai Chikang


Resepi Air Lai Chikang

Bagus untuk mengeluarkan kepanasan badan
Bahan2 yang diperlukan
Longan kering direndam dan rebus
Kurma merah kering rendam dan rebus
Kembang semangkuk rendam dlm air panas ia akan kembang
buah halwa kundur
biji barley yang direndam kemudian direbus terlebih dahulu
cendawan putih direndam air biasa
kismis
laici
biji selasih direndam ngan air panas
buah kelapa laut (dlm tin ada jual kat pasaraya)
nata de coco
kacang goreng dibuang kulit
cincau
1 @ 1/2 ketul gula melaka (direbus dgn sedikit air dan tapis utk buang bendasing)
gula batu beberapa ketul
air secukupnya dan daun pandan simpul
Caranya
1, Rebus biji barley serta daun pandan simpul sehingga empuk... kemudian
masukkan longan kering,kurma merah sehingga lembut
2. masukkan air gula melaka dan gula batu rasa kemanisan nya..jika tawar boleh
tambah gula pasir secukupnya dan sejukkan
3. agak2 dah suam2 boleh la taruk kesemua bahan2 yang lain
4. Boleh dimakan sejuk(letak ais) atau panas
## bahan-bahan ni boleh didapati di pasaraya atau di pasar ...

Thanks to Tahrunnisa Jali sebab share resepi yang sangat ohsem ni.. Saya memang salin bulat2 supaya tidak ada yang tertinggal.


Post a Comment