Sunday, July 5

Resepi Soto Bersantan yang sangat sedap menjilat jari


Resepi Soto Bersantan
1 ekor ayam potong 4
air secukupnya utk merebus ayam
1 mangkuk kecil santan pekat
3 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk jintan manis
3 sudu kecil serbuk lada putih/lada sulah
2 batang serai (dititik)
garam
minyak utk menumis
bahan penumis
4 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
bahan kisar
2 biji bawang besar 
2 ulas bawang putihh
1 inci halia 
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
Sambal kicap ~(kisar/tumbuk kesemua kecuali limau nipis)
2 ulas bawang putih
4 biji lada merah
10 biji cili padi (nak lagi pedas tambah la ye)
kicap lemak manis 
sedikit perahan limau nipis
Begedil daging
3 biji kentang direbus
3/4 cwn daging kisar
daun sup dipotong halus
serbuk lada hitam/sulah
sedikit garam
bawang goreng
1 sudu besar tpg jagung
1-2 biji telor
bahan hiasan
meehoon
nasi impit
begedil daging 
daun sup dan daun bawang dipotong halus
bawang goreng
suon goreng 
tauge
tauhu goreng
kacang tanah goreng
Caranya
1. Panaskan sedikit minyak dlm periuk. tumis bahan penumis dan masukkan
bahan kisar, serai yang dititik, serta serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan 
jintan putih. Tumis kesemuanya hingga naik bau
2. Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan ayam tadi..(air secukupnya 
tu aras2 ayam je) Rebus sehingga ayam masak..angkat/keluarkan ayam tadi. 
kemudian masukkan santan dlm kuah mendidih dan perasakan dengan garam 
dan serbuk perasa (optional) . (Jika nampak kuah sedikit boleh tambah air ) 
untuk pengetahuan anda.. kuah soto bersantan ni tidaklah pekat seperti masak 
lemak tu . kuah soto ni agak cair penggunaan santannya..
3.. Carik-carikkan isi ayam (halus) dan tulang ayam boleh dimasukkan kembali ke 
dalam kuah soto tadi.
4. Boleh dihidangkan dgn bahan2 hiasan di atas... Selamat mencuba
Begedil daging
1. Rebus kentang hingga masak (pastikan jangan terlalu masak ye nanti terlalu 
lembik pula).. jika tak nak rebus boleh goreng kentang hingga masak
2. Setelah masak kentang ..lenyek kentang hingga hancur/lumat 
3. Masukkan bawang goreng, lada sulah/lada hitam, garam, daun sup dan daging 
kisar dan tepung jagung. Gaul sebati. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan 
ia serta leperkan sedikit buat sampai habis
4. Dalam bekas lain, pecahkan telur dan pukul guna garfu. 
5. Panaskan minyak dlm kuali/pan dan celupkan begedil tadi dlm telur dan 
masukkan dlm minyak yang panas. agak2 dah garing baru diterbalikkan begedil 
.selamat mencuba.



Sumber: Tahrunnisa Jali

No comments:

Blog yang sangat lama tak di update!

Harini 24 Ogos 2019.... Lama dah tak menulis di sini... sampai terlupa nak log in blogspot ni macam mana...aduhai... ini lah blog perta...