Resepi tepung rangup untuk goreng pisang, keledek, ayam, ikan dan ubi kayu

tepung yang nampak rangup
Belanja gambar malam ni ye...Ikan, udang, sotong, bebola ikan, crab stick semuanya celup tepung rangup.... cicah dengan sos pencicah homemade...lama sungguh tak makan mcm ni.. makanan ni popular belah pantai timur terutama terengganu dan kuantan di tanjung lumpur...
Resepi bancuhan adunan tepung rangup ( semua jenis gorengan termasuk pisang dan cempedak)
1 1/2 cawan tepung beras
3 sudu besar tpg jagung
1 biji telor saiz kecik
sedikit garam
sedikit gula
pewarna kuning (jika guna kunyit - tukar jadi warna oren sbb tindak balas ngan kapur)
1 sudu besar air kapur
air sejuk secukupnya (anggaran 3/4- 1 cawan)
minyak utk menggoreng
caranya
1. Satukan kesemua ahan diatas dlm pengisar.. Masukkan air. Adunan ni tak
terlalu pekat atau tak terlalu cair ye.. (masukkan bebola ikan jika ia bersalut
cantik maknanya adunan tu dah ok)
2. Panaskan minyak ..celup satu persatu ikan, sotong, udang, bebola atau crab
stick.. dan masukkan ke dalam minyak yang panas tadi...
3. Pastikan api dapur sederhana panas ..Goreng sehingga garing/kekuningan
4. Angkat dan toskan
Resepi sos pencicah
2@3 sudu besar cili kering kisar atau serbuk cili (ikut kepedasan)
1 sudu besar pes asam jawa adabi @ 1/2 cawan air asam jawa
4 sudu besar gula merah
2 cawan air
4 sudu besar gula
sedikit garam
sedikit belacan (optional)
caranya
1. Masukkan air, gula merah, pes asam jawa,gula dan cili ke dalam periuk
2. Masak sehingga ia mendidih dan biarkan ia menjadi pekat. tutup api... Jika
kurang manis tambah gula
3. Lebihan sos boleh disimpan dlm bekas dan taruk dlm peti ais.

Udang goreng...yummy

ikan goreng

Goreng pisang dan getok ubi kayu

Crab stick ni pun sedap digoreng begini
Post a Comment